Seorang wanita, Helen Sellers, 34, melahirkan bayi perempuan yang mencecah berat melebihi 5 kilogram (kg) iaitu sama berat dengan sebiji bola boling bersaiz sederhana.
Baca juga: Pakar Minta Biasakan ‘Dedah’ Anak Dengan Cahaya Matahari Untuk Sumber Vitamin D!
IBU INI LAHIRKAN BAYI DENGAN BERAT MELEBIHI 5KG, SEBERAT SEBIJI BOLA BOLING!
Memetik laporan berita Mirror, wanita itu telah dimaklumkan awal oleh doktor bahawa dia bakal melahirkan bayi yang agak besar fizikalnya, namun dia masih tetap terkejut setelah melahirkan bayi comel itu.
Malah, di kalangan keluarganya pernah bertaruh untuk meneka berat bakal anak keduanya itu. Salah seorang sepupunya telah meneka lebih kurang 5kg, dan pada Helen ianya adalah tekaan ‘nakal’.
“Semasa saya mengandung, perunding saya berkata bahawa Celia akan menjadi besar, tetapi tidak sebesar Rom. Saya tidak pernah menjangka dia seberat itu. Kami bermain tekaan berat dengan keluarga saya, dan sepupu saya meletakkan 5kg dan saya fikir itu sangat nakal, tetapi dia betul!” katanya, lapor Mirror.
Bayi perempuan yang diberi nama Celia itu, telah mengejutkan para doktor dan jururawat sewaktu menimbang berat bayi tersebut.
Ibu ini yang berasal Leeds, Yorkshire, dan suaminya, Carl, mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Roman. Di mana, Roman juga bukan bayi kecil kerana dia dilahirkan dengan berat 4kg.
Oleh disebabkan berat Celia berlebihan, bayi itu tidak muat untuk memakai baju bayi berusia 0 hingga 3 bulan. Bayi suci itu, hanya muat dengan pakaian bayi berumur 3 hingga 6 bulan sahaja.
Helen turut berkongsi, bahawa bidan hospital memberikan reaksi lucu terhadap saiz Celia semasa lahir. Berita kelahiran Celia telah menarik perhatian pekerja hospital dan menjadi topik hangat.
“Bidan itu ketawa sedikit dan mengatakan Celia agak besar. Bayi saya menjadi bualan di wad, mereka semua mahu datang dan melihatnya kerana saiznya yang besar.
Bidan saya telah bekerja selama 16 tahun dan dia berkata Celia adalah bayi kedua terbesar yang pernah dilihatnya.” ulas Helen.
Sewaktu melahirkan Celia, Helen perlu menjalani proses pembedahan yang memakan masa lama untuk mengeluarkannya.
Bahkan, sejujurnya, dia ingin melahirkan bayi secara normal tetapi berasa lega kerana tidak melakukannya. Berikutan dia khuatir bayinya boleh keluar atau tidak, katanya seperti dilaporkan Mirror.
Sumber: Mirror