Didik

Ibu Ini Kongsi Petua Rawat Masalah Ekzema Hanya Guna Bahan Dapur!

66.5K
SHARES

Ekzema pada kulit sering membuatkan seseorang tidak selesa. Jika seseorang itu terdedah dengan ekzema, kulit akan menjadi gatal hingga boleh menyebabkan luka. Jadi, melalui perkongsian ibu ini, anaknya menghidap ekzema yang sangat teruk dan telah kongsi cara mudah untuk rawat keradangan dan kegatalan.

LEGAKAN KEGATALAN EKZEMA

Meh saya nak kongsikan dengan mommies petua mudah nak stopkan rasa gatal ekzema yang melampau tu dengan bahan dari dapur jeee iaitu OATMEAL..Mommies perasan tak? Bila nak masuk waktu maghrib je. Nanti kulit anak menjadi-jadi gatal. Kalau ada yang macam ni, mommies boleh lah cuba petua saya ni. Cepat dan BERKESAN tau hilangkan rasa gatal tengah malam tu.

Sebab, saya sendiri selalu buat kat anak saya. Bila setiap kali dia gatal tengah malam tak boleh tidur. Saya memang laju laju mandikan dia dengan oatmeal ni. Lepas mandi dengan oatmeal baru nampak dia bertenang dan boleh tidur.

BAHAN DIPERLUKAN

Mandian oatmeal tersangatlah BAGUS dan berkesan dengan CEPAT dalam melegakan KEGATALAN dan KERADANGAN ekzema. Bahan-bahan yang mommies perlukan adalah:

1.ROLLED OATS

Sebaiknya cari Organic Rolled Oats. Rolled oat tak ley dimakan oleh pesakit ekzema. Nanti usus terbeban dengan gluten yang ada dalam oat. Boleh untuk mandian luaran sahaja. Guna rolled oat yang tiada campuran bahan lain. Elakkan guna minuman atau makanan oatmeal 3 in 1 yang ada susu dan gula.

2.STOKIN BERSIH

Gunakan sarung kaki yang bersih. Boleh juga gunakan “organza bag” yang biasa kita letak telur pengantin tu.

3.AIR SUAM

Jangan guna air panas. Ekzema tak sesuai air panas. Nanti mengeringkan lagi kulit ekzema dan menerukkan lagi kegatalan.

4.BATH TUB

Selain bath tub. Boleh juga guna besen besar yang bersih.

CARA-CARANYA:

1.Ambil SEGENGGAM ROLLED OAT dan letakkan didalam stocking.

2.RENDAMKAN STOKIN tadi 3 ke 5 minit di dalam besen besar atau tub mandian anda sampai air berubah warna putih susu.

3.RENDAM BADAN anda beberapa minit/ siram badan anda dengan air rendaman oatmeal tadi.

4.Kemudian PICIT-PICIT STOKIN bagi mengeluarkan lendir oat. Lendir oat ini boleh disapu pada bahagian yang sedang gatal dan merah keradangan.

5.Selepas itu, TAK PERLU BILAS DENGAN AIR BIASA. Biarkan ia kering di badan.

Wajib tekan button SHARE atau TAG parents lain yang ada anak ekzema juga lepas baca posting ni ye. Kita nak lebih ramai lagi mak ayah tahu petua ni & dapat aplikasikan ilmu berharga ni demi anak kesayangan. Semoga bermanfaat!

Sumber: Harlinda Halim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×