Famili

Ibu Hamil & Menyusu Kini Boleh Update Status Di MySejahtera. Ini Caranya

17
SHARES

KUALA LUMPUR: Ibu yang sedang hamil atau yang sedang menyusukan anak kini telah boleh mengemaskini status mereka di aplikasi MySejahtera.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, janji temu golongan itu akan dibuat berdasarkan vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

 

Update status mengandung menyusu mysejahtera

Anda boleh memasukkan bulan dan tahun melahirkan anak serta status penyusuan,” katanya di ciapan Twitter, pada Rabu.

Sebelum ini, Khairy menyatakan ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak hanya disaran mengambil vaksin COVID-19 keluaran Pfizer.


Khairy berkata, kedua-dua kumpulan itu tidak disarankan untuk menerima vaksin Sinovac dan AstraZeneca kerana data keberkesanan dan kesan sampingan membabitkan dua vaksin itu kepada kumpulan terbabit tidak mencukupi.

vaksin covid19 ibu hamil

Sehubungan itu, katanya, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sudah diarah untuk mengatur dan menyelaras dengan hospital serta pusat pakar perubatan ibu dan kanak-kanak untuk mengutamakan pengagihan vaksin Pfizer kepada ibu mengandung.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×