Famili

Ibu Bertarung Di ICU, Bayi Usia 8 Bulan Meninggal Akibat Covid-19

208
SHARES

Kehilangan orang tersayang disebabkan virus Covid-19 sangat menyayat hati. Hal ini kerana, tidak kesemua ahli keluarga berpeluang untuk melihat dan mencium insan tersayang buat kali terakhir.

Tidak dinafikan, wabak yang bahaya ini boleh meragut nyawa tanpa mengenal usia. Lebih menyedihkan apabila melihat anak kecil dijangkiti Covid-19.

Baca juga: Hanya Sejam Melihat Dunia, Bayi Usia 24 Minggu Korban Termuda Covid-19

MENINGGAL AKIBAT WABAK COVID-19

Menurut Kosmo! Online, perkongsian sedih itu dikongsi PQ Community yang memaparkan sekeping gambar di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya berserta caption yang menyayat hati dan sedih.

Sayunya kes ni.
Mangsa merupakan bayi berumur 8 bulan.
Ibunya pula sedang bertarung nyawa di ICU.

Ada yang sampai hati pandemik dikatakan plandemik.
Tak kena dekat batang hidung korang boleh lah.
Cuba kena dekat batang hidung korang.

Page PQ Community juga turut memohon agar orang ramai mendoakan mereka yang dijangkiti wabak bahaya itu untuk kembali sembuh semula.

Doakan mereka yang telah menjadi mangsa.
Doakan petugas yang terlibat dalam mengatasi pandemik.
Semoga Tuhan merahmati kita.

Selain itu, komen daripada pengguna Facebook Fiza Siti Nurhafiza juga mendapat perhatian kerana dia dan anaknya yang berusia dua bulan baru sahaja sembuh dari dijangkiti Covid-19.

Perkongsian itu telah dibanjiri komen-komen simpati daripada netizen dan turut mendapat kira-kira 1,800 reaksi di laman Facebook.

Sumber: Kosmo! Online & PQ Community

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×