Famili

Ibu Bersalin Dalam Banjir, Jiran Kelam-Kabut Bantu Selamatkan Bayi

558
SHARES

Setiap hari pasti ada sahaja berita dan kejadian mengejut terjadi di kawasan yang dilanda bencana banjir. Perkongsian di media sosial sangat memberi kesan dan orang ramai turut hiba melihat keadaan mangsa-mangsa banjir. Sukarelawan dari merata negeri turut membantu dalam meringkan beban mereka.

Terbaharu, satu video perkongsian seorang wanita di media sosial menarik perhatian ramai kerana situasi cemas itu sangat membahayakan nyawa ramai orang.

Baca juga: Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Lemas Di Banjir Sri Muda, Alami Simptom Muntah-Muntah

IBU BERSALIN DALAM BANJIR, JIRAN KELAM-KABUT BANTU SELAMATKAN BAYI

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @tutynooamalina itu, dia memuat naik video memaparkan suasana kelam-kabut serta cemas ketika cuba membantu seorang wanita yang ingin bersalin dalam rumahnya yang sudah ditenggalemi air.

Jelas kedengaran dalam video tersebut suara bayi menangis dan jeritan seorang ibu meminta pertolongan demi keselematan mereka.

Jiran tetangga yang berada berhampiran wanita tersebut juga segera memanjat tembok dan meredah banjir separas leher untuk menghulurkan bantuan. Menjengah ke ruangan komen, ibu dan bayi berjaya diselamatkan dan sepupu kepada wanita yang membantu itu turut selamat.

Warganet yang melihat video tersebut turut bersimpati dengan keadaan yang perlu dilalui oleh mereka semua. Sudah tentunya ini merupakan pengalaman paling tidak dapat dilupakan buat ibu itu. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dengan bantuan jiran tetangga.

Sumber: TikTok Tutynoormalina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×