Rakyat

Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Lemas Di Banjir Sri Muda, Alami Simptom Muntah-Muntah

527
SHARES

Akibat kekurangan air di kawasan banjir yang berlaku di Sri Muda, Shah Alam, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun didapati lemah dan mengalami simptom muntah-muntah. Kanak-kanak tersebut ditemui berada dalam berada bersama keluarganya di dalam rumah di kawasan yang dinaiki air.

Baca juga: Jumlah Kematian Banjir Meningkat, 4 Lagi Mayat Ditemui Di Taman Sri Muda

KANAK-KANAK 2 TAHUN DITEMUI LEMAS DI BANJIR SRI MUDA

Menurut laporan Awani, Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Klang, Dr Mohd Akmal Rahim berkata, kanak-kanak berkenaan terkandas di kawasan banjir selama dua hingga tiga hari.

“Kanak-kanak ini telah terkandas di kawasan banjir selama dua hingga tiga hari dan telah muntah banyak kali. Air dalam badan sangat kurang jadi ia beri kesan kepada tekanan darah,” jelasnya.

Terdahulu, pasukan perubatan terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis bagi membawa keluar kanak-kanak itu yang masih berada di rumah.

Sewaktu ditemui di rumahnya, mangsa dikatakan dalam keadaan kurang bertindak balas ketika pemeriksaan dilakukan.
Ujar Dr Mohd Akmal, kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×