Rakyat

Jumlah Kematian Banjir Meningkat, 4 Lagi Mayat Ditemui Di Taman Sri Muda

259
SHARES

Jumlah kematian banjir di Shah Alam semakin meningkat dan terbaharu empat lagi mayat dipercayai mangsa banjir ditemui di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25, dekat sini sehingga jam 7 malam semalam.  Kematian itu membabitkan dua lelaki dan dua wanita manakala bangsa atau warganegara mereka belum dikenal pasti.

Baca juga: Tiga Termasuk Seorang Kanak-Kanak Hilang Dibawa Arus Banjir

JUMLAH KEMATIAN BANJIR MENINGKAT, 4 LAGI MAYAT DITEMUI

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pertambahan ini menjadi jumlah korban banjir di Shah Alam adalah 12 orang.

“Pertambahan empat kematian hari ini menjadikan jumlah terkini korban banjir di Shah Alam adalah 12 orang iaitu tujuh lelaki dan lima perempuan.

“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut ‘Sudden Death Report’ (SDR),” jelasnya.

Baharudin juga memaklumkan, 31 orang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam susulan kejadian pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan berkenaan, semalam. Beliau berkata, individu ditahan adalah 10 warganegara Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. IPD Shah Alam meletakkan elemen Pencegahan Jenayah di semua kawasan terjejas dengan banjir dan polis menyeru serta menasihati orang ramai di kawasan terjejas banjir agar tidak mengambil tindakan menyalahi undang-undang,” jelasnya.

Setakat ini, seramai 583 mangsa banjir dipindahkan pada hari ini dan jumlah terkini mangsa di PPS daerah Shah Alam adalah seramai 3,982.

Sumber: Harian Metro 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×