Didik

Ibu Bapa Sering Lakukan 10 ‘Kesilapan’ Ini Dalam Mendidik Anak. Ubah Sekarang Sebelum Terlambat!

364
SHARES

Kegagalan dalam mendidik anak dan menjadikan anda berada dalam kelompok ibubapa yang ‘gagal’ adalah perkara yang tidak diinginkan oleh semua ibubapa. Walaupun tidak ingin berada di dalam kelompok sedemikian, masih ramai ibubapa yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya melakukan kesalahan dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak. Alamak! Apa yang anda telah lakukan? Kalau nak tahu apa tanda-tanda yang menunjukkan anda salah teknik mendidik anak, cuba ‘check’ 10 tanda ini. Mana tahu, anda pernah buat dekat anak-anak tanpa disedari.

1. Anak kena marah walaupun bercakap benar

http://www.scarymommy.com/

Situasi ini mesti pernah berlaku dimana bila anda tengah marah, sampai semua benda yang betul pun anda nak marah sekali. Tambahan pula bila anak tengah bercakap benar atau memberitahu perkara yang betul, pun anda marah. Untuk menjadi ibubapa yang prihatin, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah mengasingkan hal di pejabat dengan peribadi. Selalunya, punca kepada kemarahan kepada anak-anak adalah kerana stress dengan kerja kan? Justeru, cuba untuk imbangkan emosi dan jangan sesekali memarahi anak terutamanya ketika mereka bercakap benar.

2. Marah dan pukul anak di depan orang ramai

http://photoblog.statesman.com/

Bila anak buat salah sikit saja, nak tenking anak, nak pukul anak. Bukan tak boleh nak marah anak tetapi elakkan untuk melakukan sedemikian di hadapan orang ramai. Cuba bayangkan kalau kita diperlakukan sebegitu, mesti malu kan? Ibubapa perlu sedar bahawa dengan menengking dan memarahi anak di hadapan orang ramai tidak dapat membantu anak-anak untuk menjadi seseorang yang lebih berguna. Sebaliknya, mereka akan menjadi seorang yang ‘rebel’ dan akan memberontak di masa hadapan.

3. Terlampau banyak peraturan, tapi tak didik anak untuk mematuhi

www.nelsonsknottybits.com

Kebanyakkan ibubapa selalu menetapkan peraturan di rumah atau dari segi pelajaran dalam kehidupan anak-anak. Contohnya, kena basuh pinggan selepas makan, kena selalu dapat tempat pertama dalam peperiksaan atau kena bangun awal untuk belajar. Masalahnya di sini adalah, peraturan yang ditetapkan tidak diiringi dengan bimbingan dari ibubapa. Sebaliknya, anda perlu mendorong anak-anak dengan ayat yang sedap didengari supaya mereka lebih bersemangat mengikut peraturan yang ditetapkan, bukan dengan menggunakan ayat yang keras dan memerintah.

4. Tidak memberikan kasih sayang yang secukupnya

http://oxu.az/

Kasih sayang yang secukupnya adalah amat penting dalam proses mendidik anak-anak. Pernah tak anak-anak menjadi lebih nakal semata-mata untuk menarik perhatian anda? Ini menunjukkan bahawa anak anda sedang mengalami ’emotional breakdown’ dan memerlukan kasih sayang yang secukupnya dari ibubapa. Jangan pula pada masa ini, anda membiarkan anak terumbang-ambing menagih kasih sayang pula ya.

5. Tak menyokong anak di saat mereka perlukan anda

http://www.foxnews.com/

Situasi begini akan berlaku apabila anak-anak sedang berada dalam minggu peperiksaan. Jika anda nampak anak tengah mengalami masalah ketika belajar dan membuat persediaan pada malam hari untuk menghadapi peperiksaan, jangan pula dibiarkan sahaja. Ya, mungkin anda pun mempunyai banyak kerja untuk dilakukan, tetapi sekurang-kurangnya tanyalah keadaan anak-anak dan berikans edikit tunjuk ajar supaya mereka tahu, anda berada di sisi mereka di dalam saat kesusahan.

6. Selalu membandingkan anak

http://gwcaia.com/

Situasi ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Bila pergi ke mana-mana sahaja seperti kenduri atau majlis keraian malah dengan jiran tetangga pun, perkara yang nak dibincangkan oleh ibubapa adalah dengan membandingkan anak-anak. Topik yang dibincangkan itu pula berlarutan sampai ke rumah dan diperkatakan depan anak-anak. Membandingkan salah seorang anak dengan adik-beradik yang lain pun tidak patut dilakukan juga.

7. Tak pernah berbangga dengan pencapaian anak

http://www.threadsoffeeling.com/

Kalau anak berbakat dalam sesuatu bidang, sepatutnya anda berbangga betul tak? Ini tidak, bila anak masuk pertandingan dan menjadi juara, anda langsung tidak berbangga. Malah, ada dalam kalangan ibubapa yang tidak pernah hadir untuk menyokong anak di dalam pertandingan pun. Ini adalah salah satu punca yang menjadikan anak kurang bersemangat untuk menceburkan diri dalam perkara yang diminati kerana mereka menganggap tiada siapa yang ambil peduli di atas kejayaan mereka.

8. Tidak menunjukkan teladan yang baik

http://www.parenting.com/

Merokok dan selalu ‘melekat’ dengan gajet adalah salah satu teladan yang buruk untuk ditunjuk di hadapan anak-anak. Mana tidaknya, sudahlah kasih sayang tidak diberi dengan cukup, malah ibubapa masih menunjukkan teladan sebegini di hadapan anak-anak. Anak diibaratkan sebagai kain putih, ibubapa yang akan mencorakkannya. Jadi, jangan salahkan anak-anak berperangai sama dnegan anda apabila mereka dewasa kelak .

9. Selalu ugut anak

www.pinterest.com

Mengugut anak secara fizikal seperti menangkat tangan seperti mahu menampar kepada anak sebagai simbol untuk mendidik mereka adalah salah satu contoh kepada kegagalan dalam cara mendidik anak. Ugutan secara fizikal ini memang akan membuat anak mendengar kata tetapi sampai bila? Mengawal emosi anak dengan ugutan secara fizikal ini akan menyebabkan anak-anak akan terbiasa dengan buli apabila mereka dewasa kelak.

10. Terlebih manjakan anak sehingga anak menjadi sombong

http://www.parenting.com/

Ini juga menjadi masalah dalam cara mendidik anak-anak. Kasih sayang yang patut diberikan juga mempunyai batasnya. Situasi yang berlaku zaman sekarang adalah ibubapa terlampau memanjakan anak sehingga anak menjadi ‘besar kepala’. Bila terlampau memanjakan anak, mereka akan selalu mengambil mudah akan semua perkara. Ini akan menjadikan anak-anak membesar sebagai seorang yang sombong dan tidak pandai berdikari.

#Oleh itu, jadilah ibubapa yang lebih prihatin dan didiklah anak mengikut cara yang betul supaya mereka akan membesar menjadi orang yang lebih berguna ya.

giphy.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×