Famili

Ibu Bapa Jangan Berkira, Inilah Masanya Untuk Bercuti Bersama Anak Yang Masih Kecil

5.8K
SHARES

Bercuti bersama keluarga adalah salah satu jenis ‘treatment’ yang anda boleh gunakan untuk mengurangkan stress. Setelah penat bekerja, inilah masanya untuk meluangkan masa bersama anak-anak sebelum mereka membesar dan lebih fokus dengan pendidikan yang lebih tinggi. Namun, masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang masih ‘berkira’ untuk mengambil masa bercuti dengan anak-anak kerana menjadikan kerjaya sebagai keutamaan. Kasihan si anak-anak…

Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Kecil

Ya Allah, kalau nak berkira bercuti dengan anak sebab leceh melayan kerenah diorang memang rugilah. Rugi sangat sebab tak manfaatkan masa berharga ni masa anak masih kecil. Bila diorang dah besar nanti belum tentu masih ada berpeluang nak cuti bersama.

Sebabnya:

1. Anak dah besar nanti mesti sibuk dengan kerja dan urusan diorang, nak jumpa sebulan sekali pun dah susah. Paling tidak pun raya baru dapat jumpa.

2. Bila dah kawan ramai mana nak lagi diorang bercuti dengan mak ayah, diorang lebih suka bercuti dengan kawan-kawan bujang mereka. Baru sekepala katanya.

3. Kalau dapat bercuti bersama pun mesti berbalah sahaja, semua tak sependapat. Orang tua nak beli jeruk kat pasar chowrasta, yang muda pula nak selfie dekat sky walk. Huru hara wei dalam kereta !

4. Masa anak kecil ni lah banyak tempat boleh masuk free, dah besar nanti semua kena bayar. Nak buang air pun kena bayar. Itulah specialnya bercuti masa anak kecil, jimat belanja.

5. Dah berkahwin nanti ada anak-anak mesti diorang akan utamakan anak isteri dahulu, mak ayah kemudian. Redha je lah masa ni jalan seorang diri.

6. Kalau masa muda ni bercuti sebab nak hilangkan stress dan bahagiakan anak isteri tapi masa dah tua nanti bercuti sebab nak isi masa diri sendiri yang banyak terluang dan bahagiakan hati sendiri. Refleksi diri katanya !

7. Masa diorang kecil ni kita bawa pergi zoo pun diorang dah cukup teruja dan bahagia, yang penting ada jalan-jalan dan gelak tawa. Dah besar nanti? Kalau tak sebut korea memang tak teruja langsung.

Anak anak kecil sekali je, masa ni lah kita nak pulun habiskan masa bersama mereka, jalan pimpin tangan, peluk cium, angkat naik atas kerusi. Ini semua kenangan bawa sampai tua! Sebab bila mereka dah cukup akil baligh nanti kita nak angkat pun tak larat dah, bahkan diorang pun dah rasa malu nak peluk kita.

Sumber : Mohd Fhais

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×