Famili

Ibu Adalah Unik, Tiada Satu Yang Sama: Apakah Kelebihan Anda Sebagai Seorang Ibu?

22
SHARES

Ibu sering kali diharapkan untuk memberikan yang terbaik dalam segala aspek, terutamanya dalam penjagaan anaknya. Ibu serba tahu, seperti menghiburkan anak, memasak makanan kegemaran si manja, mengajar kemahiran baru, menyokong anak-anak sewaktu menghadapi masalah, menjaga keharmonian antara adik-beradik dan sebagainya, kadang-kadang semua peranan perlu dipraktikkan dalam sehari.

Sebenarnya, setiap ibu mempunyai kekuatan dan kepintaran yang tersendiri seperti anak-anak mereka. Seorang ibu yang berjaya adalah individu yang memahami akan kemahirannya dan memperbaiki aspek-aspek yang lain. Untuk mengetahui kemahiran anda dengan cepat dan senang, jawablah kuiz peranan ibu  Dutch Lady!

Hanya dengan menjawab beberapa soalan aneka pilihan,  kuiz ini akan mendedahkan peranan yang anda mahir dengan serta-merta, sama ada anda seorang penghibur, chef, ketua penyorak, guru, jururawat, jurulatih, kaunselor, atau pendamai.

Sentiasa sokong minat anak anda!

Print

Mungkin anda adalah peminat utama anak anda dan sentiasa memberi sokongan hebat kepadanya ketika dia sedang bermain bola sepak atau belajar makan dengan sudu. Sokongan anda sentiasa mengalakkannya untuk mencuba semula perkara-perkara yang tidak berjaya sebelum ini. Anda berkemungkinan  seorang ketua penyorak yang cemerlang.

Apabila si manja  berumur 1 hingga 2 tahun, dia ingin tahu bagaimana sesuatu benda itu berfungsi.   Ia adalah penting untuk ibu menunjukkan kepadanya cara untuk menggunakan benda tersebut , kerana ini membantunya belajar.

Kanak-kanak umur 2-4 tahun suka meneroka

1

Kanak-kanak pada umur  2 hingga 4 tahun,  aktif  meneroka persekitaran mereka dengan menyentuh, menggenggam dan merasa pelbagai benda di persekitarannya. Ibu perlulah menggalakkan anak mereka untuk mencuba perkara-perkara baru, supaya mereka boleh menikmati penerokaan dan mengenali dunia di sekeliling mereka.

Pada umur 4 hingga 6 tahun, si manja  mula menjadi lebih kreatif, teruja untuk mencuba perkara-perkara yang baru. Dalam peringkat ini, anda bolehlah menyokong anak anda, menggalakkan mereka untuk berkongsi idea kreatif dan membenarkan mereka untuk berbuat demikian.

Pada umur 6 tahun dan ke atas pula, motivasi yang diberi kepada anak anda akan membantunya berjaya di sekolah. Hargai usaha anak anda dengan pujian atau pamerkan hasil kerja mereka. Sekiranya mereka tidak berjaya melaksanakan sesuatu, anda bolehlah menggalakkan anak anda dengan kata-kata seperti: “Ini sungguh hebat! Mama sungguh bangga dengan kamu!” atau “Mama percaya dengan anak mama!”. Apa sahaja yang anak anda berjaya dan mahir, galakkannya. Jadilah ketua penyorak anak anda!

Seperti mana  para ibu sentiasa belajar dan menyesuaikan diri dengan peranan untuk membimbing anaknya ketika anak membesar, jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, Dutch Lady Nutri Plan™ menyesuaikan formulasinya untuk terus menyokong keperluan nutrisi pada setiap tahap kebijaksanaanya. Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA* adalah satu program nutrisi yang dirumus khas untuk menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak berusia 1 hingga 6+ tahun.

Memahami perjalanan seorang ibu adalah proses pembelajaran sepanjang masa, Dutch Lady Nutri Plan™ ingin berganding bahu bersama para ibu di Malaysia, seperti rakan anda, untuk berkongsi bersama segala yang perlu diketahui mengenai keperluan nutrisi kanak-kanak.

Si Manja anda memerlukan nutrisi yang berbeza supaya dia  boleh serlahkan yang terbaik pada  setiap tahap kebijaksanaannya. Cubalah dengan sampel  percuma Dutch Lady Nutri Plan™ dan cuba kuiz peranan ibu Dutch Lady  di www.smartmoments.com.my untuk mengetahui dimana anda sebagai seorang ibu sekarang!

Rujukan:

* Berbanding dengan susu tepung rumusan kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).

4 Tahap Nutri Plan merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady® Curious, Explore, Create dan Learn.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×