Famili

Ibu Adalah Unik, Tiada Satu Yang Sama: Apakah Kelebihan Anda Sebagai Seorang Ibu?

2
SHARES

Boleh dikatakan bahawa bukan semua kanak-kanak adalah sama; mereka juga memiliki kemahiran dan bakat yang berbeza. Begitu juga dengan ibu – setiap ibu adalah berbeza. Akan tetapi, banyak panduan keibubapaan dan tips, direka untuk membantu kanak-kanak dan bukannya direka bersesuaian dengan personaliti dan gaya bimbingan ibu yang tersendiri. Oleh itu, ramai ibu yang gigih mencuba untuk menjadi seorang ibu yang sempurna dalam memainkan pelbagai peranan untuk si manja mereka – sebagai chef, jururawat, guru dan sebagainya – kadang kala, ibu rasa serba salah sekiranya mendapati bahawa mereka kurang memainkan peranan yang sepatutnya.

Daripada memaksa diri mereka untuk menyesuaikan bagi menjadi ibu yang sempurna, ibu boleh menjadi lebih yakin dan produktif sekiranya mereka tahu kekuatan mereka dan memanfaatkan sepenuhnya daripadanya.

Hidangkan makanan yang sedap d.an penuh nutrisi kepada si kecil

Print

Sebagai seorang ibu, anda  sentiasa memainkan peranan sebagai seorang chef yang serba hebat kerana menghidangkan makanan yang sedap dan bernutrisi untuk si manja anda. Anda juga banyak membaca dan mengetahui makanan yang terbaik untuk anak anda, bersesuaian bagi setiap tahap kebijaksanaannya, dan anda memastikan anak minum susu yang mencukupi untuk menyokong keperluan nutrisinya.

Pada umur 1 hingga 2 tahun, anak anda  mula makan dengan sendiri.

2

Pada umur 1 hingga 2 tahun, anak anda  mula makan dengan sendiri. Kadang-kadang dia boleh menjadi lebih berminat dengan dunia sekelilingnya daripada makanan kerana  rasa ingin tahunya mula berkembang. Tukar tekstur, bentuk, dan rasa makanan supaya dia tidak cepat  berasa bosan dan enggan makan.

Pada umur  2 hingga 4 tahun, ketika si manja sibuk meneroka persekitarannya,   galakkan dia supaya lebih minum air. Jadikan air minumannya lebih menarik dengan menambahkan hirisan buah-buahan ke dalam air kosong yang telah dimasak!

Pada umur  4 hingga 6 tahun, anak anda mungkin menggunakan masa yang panjang  untuk makan. Bermain dengan alat mainan atau kehadiran kanak-kanak lain disekelilingnya mengalihkan perhatian mereka daripada makan. Anda boleh mencuba untuk menyediakan makanan dalam bentuk yang menarik atau meletakkan muka senyuman pada kotak makan tengah hari mereka.

Si manja yang berusia 6 tahun dan ke atas, boleh  mengambil bahagian dalam aktiviti menyediakan makanan seperti membaca resipi atau menyukat cecair. Ini boleh menjadi satu amalan yang baik  untuk meningkatkan kemahiran membaca dan matematiknya. Cubalah membuat beberapa resipi mudah dengan chef kecil anda!

Memahami perjalanan seorang ibu adalah proses pembelajaran yang panjang, jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak iaitu Dutch Lady Nutri Plan™ ingin menjadi  rakan ibu yang ideal untuk para ibu di Malaysia.  Seperti mana ibu menyesuaikan keperluan anaknya yang berubah-ubah, Dutch Lady 4 Tahap Nutri Plan™dengan 5X DHA* dirumus untuk menyokong keperluan nutrisi anak anda pada setiap tahap kebijaksanaannya dari umur 1 hingga 6+ tahun.

Nutrisi yang sesuai membolehkan si manja untuk menyerlahkan yang terbaik di setiap tahap kebijaksanaan. Cubalah hari ini dengan sampel  percuma Dutch Lady  Nutri Plan™ dan temui kekuatan anda sebagai seorang ibu untuk membimbing anak-anak dengan baik dengan mencuba kuiz peranan ibu Dutch Lady  di www.smartmoments.com.my hari ini!

Rujukan:

* Berbanding dengan susu tepung rumusan kanak-kanak yang terdahulu (Tahun 2009).

4 Tahap Nutri Plan merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady® Curious, Explore, Create dan Learn.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×