Famili

HUAWEI EMUI 9.1 Dikemas Kini & Ini 6 Perkara Menarik Yang Menanti Pengguna HUAWEI!

7.9K
SHARES

Anda pengguna HUAWEI? Kalau macam tu ni ada berita baik untuk anda, HUAWEI telah mengumumkan bahawa mereka telah siap mengemaskini sistem operasi EMUI 9.1 tau.

Kalau sebelum ini sistem operasi EMUI 9.1 hanya boleh digunakan pakai oleh model HUAWEI P30 Series, kini model sebelumnya pon dah boleh gunakan sistem operasi yang sama.

Anda yang menggunakan HUAWEI Mate20 Series, anda boleh start update telefon pintar anda mulai 27 Jun ini okay.  Sebelum tu kami nak share sikit apa yang menarik dengan sistem operasi EMUI 9.1. 

1. PRETASI PERMAINAN ONLINE DIPERTINGKAT DENGAN GPU TURBO 3.0

Anda seorang gamers? Sistem operasi EMUI 9.1 semestinya memenuhi kehendak anda kerana sistem ini telah menaik taraf unit pemproses grafik (GPU) Turbo kepada versi 3.0 yang menyokong lebih 25 games antarabangsa (international games.

Bukan itu saja, kemas kini ni juga dapat meningkatkan prestasi gamers di samping mengurangkan penggunaan kuasa bateri serta membantu memberikan persembahan yang lebih stabil.

2. PERLU BANTUAN? TANYA SAJA MR GOOGLE!

Malas nak menaip di Google? Jangan risau sistem operasi EMUI 9.1 yang dikemas kini pasti dapat membantu memudahkan kehidupan anda. Hanya tekan butang butang power untuk mengaktifkan Google Assistant dan suarakan apa yang anda mahu cari.

3. One TapShare, nak kongsi apa pon boleh!

Pemidahan file yang besar kadang-kadang amat menyusahkan kerana memerlukan wayar penyambung atau perlu dikongsi melalui email. Tapi kini semuanya lebih mudah dengan peranti HUAWEI kerana dengan One TapShare sahaja, anda dah boleh berkongsi gambar, video atau dokumen diantara telefon pintar dan laptop. Psstt.. Tapi ni antara model HUAWEI je tau!

4. EDIT VIDEO JADI LEBIH MUDAH

Kadang-kadang susah nak edit video melalui telefon pintar kan, sebab perlukan aplikasi tertentu yang perlu dimuat turun, macam leceh kan?

Haa.. Dengan sistem operasi EMUI 9.1, anda dah tak perlu risau lagi, sebabnya ada satu feature terbaru yang dikenali sebagai Highlight yang boleh membantu anda untuk edit video dengan mudah. Dah tak perlu risau nak pilih scene mana yang terbaik untuk video anda, feature ni dapat membantu anda pilih scene yang paling best siap tolong trim sekali tau.

Anda juga boleh tambah muzik latar pada video, selain letak effect yang dimahukan pada video anda.

5. JEJAK WORKOUT YANG ANDA LAKUKAN DENGAN LEBIH TEPAT..

Anda suka buat workout di treadmill? Sistem operasi EMUI 9.1 ni mempunyai fungsi yang membantu jejak senaman yang anda lakukan. Caranya sync kan saja, telefon HUAWEI anda yang telah dikemas kini dengan treadmill. Anda akan dapat menjejak langkah, jarak larian, masa larian, kepantasan dan juga jumlah kalori yang dibakar.

6. REKA SENDIRI VIDEO RINGTONE YANG ANDA MAHUKAN

Bosan dengan panggilan masuk anda hanya ada bunyi ringtone dan keluar gambar je? Haa.. Lepas ni anda boleh personalize sendiri video ringtone anda. Pilih video yang anda inginkan dan setiap kali anda dapat call akan keluar video yang dipilih. Best kan?

MODEL HUAWEI APA JE YANG BOLEH UPDATE? TAK SABAR NAK UPDATE NI!

Haaa.. Buat anda yang tertanya-tanya, ni merupakan model-model HUAWEI yang boleh menerima sistem operasi terbaru EMUI 9.1. Anda boleh rujuk tarikh dibawah untuk update smartphone anda ya!

Untuk update sistem operasi EMUI 9.1 mudah je, pergi ke bahagian Settingcari System kemudian pilih Software Update.

Kalau anda nak tau lebih lanjut tentang HUAWEI EMUI, anda boleh terus ke laman web rasmi HUAWEI atau nak lagi mudah follow saja Facebook rasmi HUAWEI EMUI untuk tak terlepas sebarang berita atau pengumuman penting daripada HUAWEI.

Jangan lupa juga untuk ke kedai rasmi atas talian HUAWEI untuk sentiasa update dengan peranti terbaru daripada HUAWEI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×