Inspirasi

Hospital Tunku Azizah Lakar Sejarah Pisahkan Kembar Siam Pramatang Pertama Malaysia!

hospital tuanku azizah

Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur (HTA) melakar sejarah apabila kembar siam pramatang seberat 2.7kg telah berjaya dipisahkan pada 19 Mac 2022. Menurut Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Dato’ Dr. Zakaria Zahari, pembedahan seumpamanya biasanya dilakukan pada umur 3 hingga 6 bulan.

Bukan itu sahaja, kejayaan ini juga mendapat ucapan tahniah dari Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah!

Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Berlarutan Dari Pakar Di Kala ‘Musim Demam’ Guna Buah Oren

PEMBEDAHAN KEMBAR SIAM PRAMATANG PERTAMA DI MALAYSIA

Disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’, pasangan ini terpaksa menjalani pembedahan segera pada umur 17 hari. Bayi kembar lelaki ini dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan, dan dirujuk oleh Pakar Neonatologi HRPB, Dr. Maneet Kaur a/p Ranjuth Singh untuk rawatan lanjut di HTA.

Selepas perbincangan diantara doktor-doktor pakar HRPB dan HTA secara atas talian pada 15 Mac 2022 jam 2 petang, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu telah disepakati.

Tanggal bersejarah 19 Mac 2022, pasukan Dato’ Dr. Zakaria yang disertai oleh 6 lagi Pakar Bedah Kanak-Kanak dari seluruh Malaysia, dan pasukan bius kanak-kanak yang diketuai oleh Dr. Intan Zarina dan Dr. Ruwaida, beserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak, pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major. Kembar siam jenis ‘Omphalophagus’ ini didapati berkongsi bahagian hati (liver) dan organ-organ lain didapati normal.

PEMBEDAHAN KETIGA PASANGAN BAYI KEMBAR SIAM

Proses persediaan untuk pembedahan dimulakan seawal 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudiannya dihantar balik ke NICU pada jam 2 petang. Dengan sokongan pasukan Neonatologi yang diketuai oleh Dr. Neoh dan jururawat NICU HTA, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya. Semenjak pembukaan HTA, ini merupakan pembedahan ketiga untuk pasangan bayi kembar siam.

Doktor-doktor pakar yang terlibat secara langsung dalam pembedahan ini adalah:

1. Dato’ Dr. Zakaria bin Zahari (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA)

2. Dr. Mughni bin Bahari (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, HWKKS Sabah)

3. Dr. Mohd Tarmizi bin Md Nor (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak, HRPZ II Kelantan)

4. Dr. Nurdaliza binti Mohd Badarudin (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HRPB Ipoh, Perak)

5. Dr. Hafatin Fairos binti Tamadun (Pakar Perunding Bedah Kanak-Kanak HTA)

6. Dr. Mohd Yusran bin Othman (Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA)

7. Dr. Cheng Joo Qing (Pakar Bedah Kanak-Kanak HTA)

8. Dr. Intan Zarina binti Fakir Mohamed (Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak HTA)

9. Dr. Ruwaida binti Isa (Pakar Perunding Bius Kanak-Kanak HTA)

10. Dr. Rohanizah binti Alias (Pakar Bius Kanak-Kanak HRPB Ipoh, Perak)

11. Dr. Zubaidah binti Zulkipeli (Pakar Bius Kanak-Kanak HTA)

12. Dr. Neoh Siew Hong (Pakar Perunding Neonatologi HTA)

13. Dr. Elaine Wong Ee Lane (Pakar Neonatologi HTA)

Tahniah sekali lagi!

Sumber: UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, HOSPITAL TUNKU AZIZAH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×