Hebahan

Hospital Rehabilitasi Cheras Bawa Kebaikan Kepada Anak-anak Dengan Ketakupayaan Pergerakan

543
SHARES

Usaha berterusan dengan ZMF bagi memberi inspirasi kepada kanak-kanak dan orang ramai

Membawa ketawa dan kebahagiaan kepada kanak-kanak adalah satu keistimewaan, tetapi untuk memberi inspirasi adalah sebuah hadiah. Hospital Rehabilitasi Cheras (CRH) telah menganjurkan majlis yang penuh riang ria bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak tahunan, yang telah menjadi rutin tahunan hospital tersebut sejak empat tahun lalu.

Bekerjasama dengan Yayasan Gerakan Zy (ZMF) bertujuan untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak menerusi pengalaman eksplorasi dan keseronokan, di samping meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang dihadapi kanak-kanak dengan ketakupayaan pergerakan.

crh-childrens-day-2016_picture-9

“Kami menjadikannya acara tahunan bagi membawa kebahagiaan pada Hari Kanak-Kanak dengan ketakupayaan lokomotif bagi membahagiakan mereka. Ini merupakan peluang bagi mereka mengekpresi siapa mereka dan apa mereka ingin jadi, di samping menjadikan CRH tempat yang lebih mesra,” ujar Dr. Roslan Johari bin Dato’ Mohd. Ghazali, Pengarah Hospital Rehabilitasi Cheras.

“Acara hari ini merupakan salah satu daripada banyak inisiatif ZMF bagi memberikan impak kepada usaha ini, memberikan kesedaran tentang kepentingan memperbaiki kualiti umum kehidupan kanak-kanak dengan ketakupayaan lokomotif fizikal, bersama dengan keluarga mereka,” ujar Dr. Chern Phei Ming, Ketua Bahagian Rehabilitasi Pediatrik di Hospital Rehabilitasi Cheras (CRH), dan juga ahli Lembaga Pengarah ZMF.

crh-childrens-day-2016_picture-3

Sambutan Hari Kanak-Kanak ini juga disokong oleh rakan-rakan seperti AEON Co (M) Bhd, McDonalds and MAMEE Monster, JK Concepts Sdn Bhd and ROOTS PR Sdn Bhd.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ZMF, sila layari http://en.zmf-asia.org/ atau laman Facebook ZMF di https://www.facebook.com/zmfmalaysia.

crh-childrens-day-2016_picture-8

Mengenai Hospital Rehabilitasi Cheras

Ditubuhkan pada tahun 2008, Hospital Rehabilitasi Cheras (CRH) telah dibina bertujuan untuk memberikan perkhidmatan rehabilitasi kelas-dunia di Malaysia. Terletak di Kuala Lumpur di Jalan Ya’acob Latiff, CRH merupakan hospital rehabilitasi terbesar di Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.hrc.moh.gov.my/utama/index.php

Mengenai Yayasan Gerakan Zy Asia

Yayasan Gerakan Zy Asia (ZMF) merupakan organisasi bukan kerajaan, dengan fokus memperbaiki kualiti kehidupan kanak-kanak dengan ketakupayaan lokomotif dan keluarga mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://en.zmf-asia.org/ atau like laman Facebook ZMF di https://www.facebook.com/zmfmalaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×