Kini Trending

Hilang ‘Diculik’ Selama 2 Tahun, Rupanya Disorok Ibu Bapa Sendiri Dalam Bilik Rahsia!

20
SHARES

Misteri kehilangan kanak-kanak kecil yang hilang selama dua tahun dikenali sebagai Paislee Shultis, dipercayai diculik oleh kedua ibu bapanya akhirnya terbongkar. Ini selepas pihak polis berjaya menjumpainya tersembunyi di sebuah bilik rahsia bawah tangga pada Isnin lalu.

Mangsa dilaporkan hilang di New York pada tahun 2019 dan ketika itu dia baru sahaja berusia 4 tahun. Alahai, kesiannya!

Baca juga: CCTV Hantar Mesej Dalam Rumah Ada ‘Pergerakan’, Rupanya Pak Guard Masuk Siap Tinggal Baju!

HILANG SELAMA 2 TAHUN, RUPANYA DISOROK IBU BAPA SENDIRI

Foto: BBC

Memetik laporan Mirror, Paislee Shultis yang berusia 6 tahun didakwa diculik oleh kedua ibu bapanya selepas mereka hilang hak penjagaan selepas bercerai. Susulan daripada itu, kanak-kanak ini tinggal bersama penjaga sahnya di Cayuga Heights, New York sebelum diculik.

Bagaimanapun pihak polis mendapat maklumat mengenai kanak-kanak itu sebelum bertindak menggeledah sebuah rumah di Fawn Road serta mendapatkan info daripada orang ramai.

Ujar bapa kandungnya, Kirk Shultis, dia sama sekali tidak mengetahui akan keberadaan anak perempuanya itu. Namun, semasa pemeriksaan dilakukan Detektif Erik Thiele menjumpai satu ruang bawah tanah yang menarik perhatiannya.

DISEMBUNYIKAN DALAM BILIK SEMENTARA

Foto:MirrorUK

Detektif ketika itu menyuluh lampu suluh ke arah tangga dan ‘terjumpa’ sepasang kaki kecil di dalam bilik sementara yang dirahsiakan di belakang tangga.

Kanak-kanak itu telah disembunyikan di dalam bilik sementara, di bawah tangga tertutup menuju ke ruang bawah tanah kediaman itu.

Setelah menanggalkan papan tangga, kanak-kanak itu dan penculiknya, Kimberly Cooper ditemui bersembunyi di dalam ruang yang gelap dan basah.

Susulan daripada itu, kanak-kanak ini telah dibawa ke ibu pejabat Jabatan Polis Saugerties bagi pemeriksaan lanjut sebelum dikembalikan kepada penjaga sahnya.

Foto: Kimberly Cooper, tertuduh.

Ibu bapa kepada mangsa telah ditangkap dan akan didakwa berikutan campur tangan hak jagaan kanak-kanak.

Sumber: Mirror

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×