Famili

Detik Ngeri Highland Towers Runtuh Depan Mata Segar Dalam Ingatan, Wartawan Kongsi Kisah..

2
SHARES
highland tower

Apabila sebut mengenai kisah seram, pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah merasai pengalaman tersebut ataupun pernah terbaca di mana-mana. Menjadi pilihan bacaan orang ramai tidak kira waktu, antara kisah seram yang menjadi sebutan ramai sehingga kini adalah tragedi runtuhan Highland Tower.

Berdasarkan pelbagai kisah seram yang dikongsikan, ramai yang masih tidak lupa dengan pengalaman apabila berada di lokasi misteri dan seram tersebut.

Baca juga: Kena Tegur Dengan ‘Cik Ponti’ Bawa Pulang Uri Bayi Jam 3 Pagi, Peneman Bayi Ini Ada Sisi Seram!

PERISTIWA NGERI RUNTUHAN HIGHLAND TOWER MASIH SEGAR DALAM INGATAN

highland tower

Melihat sendiri konkrit bangunan runtuh di depan mata antara pengalaman tidak dapat dilupakan bekas wartawan Harian Metro Aminuddin Ibrahim, 63, ketika membuat liputan tragedi runtuhan Highland Towers, Ulu Klang, Selangor pada 11 Disember 1993.

Walaupun kejadian itu sudah 28 tahun berlalu namun ia masih segar dalam ingatan Aminuddin yang ketika itu dalam perjalanan untuk ke lokasi jenayah di Bangsar. Menurutnya,  ketika itu, dia bersama sekumpulan wartawan jenayah menaiki kereta sebelum dimaklumkan mengenai kejadian terbabit.

“Kami terus bergegas ke sana. Kalau tak salah saya, ada wartawan New Straits Times dan Malay Mail bersama seorang lagi jurugambar.

“Sampai di lokasi, saya lihat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Memang tidak perasan ada bangunan runtuh menyembah bumi. Selang 15 minit, bomba sampai dan pada masa itu baru kami tahu bahawa struktur di hadapan kami adalah blok kediaman yang tumbang,” katanya.

Berdasarkan pengalaman yang dikongsikan, menjadi cabaran utama kepada dia dan wartawan lain untuk mendapatkan pengesahan mengenai apa yang berlaku di lokasi itu. Hal ini kerana, kawasan tersebut dipenuhi dengan pasukan penyelamat dan dikawal sepenuhnya dengan polis, dalam masa yang sama dia perlu menghantar maklumat. Bukan itu sahaja, menyaksikan sebuah konkrit runtuh dan menghempap mangsa berlaku di depan matanya merupakan pengalaman ngeri.

“Pelbagai persoalan bermain di fikiran, berapa ramai mangsa, bagaimana keadaan terkini, siapa antara mangsa, semua itu tidak ada jawapan. Yang saya nampak ialah seorang pembantu rumah memegang bayi yang kemudian diserahkan kepada Tan Sri Zaman Khan, antara pegawai kanan polis di tempat kejadian,” katanya.

Aminuddin berkata, kekangan di lokasi pada waktu itu ialah bagaimana untuk menghantar bahan kepada editor yang menunggu di pejabat. Katanya, mereka menggunakan telefon selular jenama OKI sehingga kehabisan bateri dan terpaksa mengecasnya di rumah penduduk berhampiran.

Menurutnya, biarpun terpaksa bekerja semalaman, itu tidak menjadi halangan kerana suasana pada waktu itu begitu tegang dengan operasi menyelamat.

“Saya tidak percaya melihat bangunan kukuh boleh tumbang, tak boleh bayangkan. Tetapi sebagai wartawan, kita tahu apa perlu dibuat, berita perlu dihantar dan Harian Metro perlu menyiarkan berita lain dari yang lain,” katanya.

highland tower

Biarpun ia sudah lama berlalu, katanya, ia bagaikan baru berlaku semalam kerana ia tragedi besar yang meragut 48 nyawa termasuk warga asing. Pengalaman membuat liputan berkenaan menjadi antara yang kekal dalam kenangan Aminuddin yang berpengalaman sebagai wartawan berita, jenayah dan ekonomi sebelum berhenti pada 1999.

Jadi, untuk menyaksikan kisah berkaitan runtuhan Highland Tower, saksikan Fail Mahkamah pada malam ini jam 9 malam hanya di TV3. Layari www.tonton.com.my untuk strim secara langsung secara HD.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×