Asuh

Hidung Anak Berdarah Nak Kena Buat Apa? Ini Langkah Kecemasan Yang Betul!

19
SHARES

“Alamak, hidung anak berdarah. Macam mana ni…”

Masalah hidung berdarah sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan situasi tersebut sudah tentunya merisaukan ibu bapa sehingga melakukan perkara yang salah ketika cuba untuk berhentikan pendarahan.

Ibu bapa di luar sana perlu tahu langkah betul jika hidung anak berdarah supaya tidak membahayakan diri si anak. Berikut merupakan 5 langkah utama perlu dilakukan ibu bapa sekiranya hidung anak berdarah. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Ibu Kongsi 7 Tips Anak Boleh Tinggalkan Pampers Seawal Usia 3 Tahun

HIDUNG ANAK BERDARAH NAK KENA BUAT APA? INI LANGKAH BETUL

Bahaya suruh anak donggakkan kepala jika hidungnya berdarah! Rupanya selama ini ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.

Cara yang salah:

– Dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir ke belakang hidung dan masuk paru-paru.

– Masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.

– Biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja!

5 Langkah mudah: 

1. Dudukkan kanak-kanak di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.

2. Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit. Suruh nafas melalui mulut.

3. Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.

4. Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.

5. Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit.

Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.

Sumber: Twitter Dr Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×