Asuh

Ibu Kongsi 7 Tips Anak Boleh Tinggalkan Pampers Seawal Usia 3 Tahun

3
SHARES

Ibu bapa di luar sana pasti terfikir-fikir cara dan tips bagaimana mahu bebaskan anak daripada memakai pampers apabila sudah melepasi umur 2 tahun ke atas. Hal ini sama seperti perkongsian seorang ibu di laman Facebook di mana pada mulanya dia menjelaskan setiap tips yang dilakukan tidak berjaya dan proses tersebut merupakan satu cabaran.

Jelasnya, seawal usia 3 tahun si ibu mula melatih anaknya supaya lebih mudah dan senang ketika di sekolah. Berikut merupakan 7 tips utama dan penting untuk anak bebas pampers seawal usia 3 tahun. Ikuti perkongsiaanya di bawah…

Baca juga: 10 Tanda Anak Perempuan Ada Bonding Yang Kuat Dengan Si Ibu…

IBU KONGSI 7 TIPS ANAK BOLEH TINGGALKAN PAMPERS

Masa Mayra umur 3 tahun kami start hantar dia ke playschool. Untuk mudahkan urusan Aunty (teacher) dia dekat sekolah, kami cuba untuk potty train awal-awal.  

Proses ni tak senang ya. Tapi kali pertama dia dapat pee dan poopoo sendiri dekat toilet is the best feeling ever la! Sampai mengalir air mata terharu. Siap bersorak dekat anak depan pintu tandas. Yeayy! 

Semua ibu bapa sudah dan akan lalu proses ni. Dan pengalaman setiap orang tu tak sama. Mula-mula saya start dengan buang air besar dulu. Nampak je dia tengah meneran tu terus angkat pergi toilet. Yang buang air kecil ni susah sikit. Start cuti sekolah tu bermulalah potty train ni. 

First day fuhh mummy yang tak kuat. Penat, lelah, serabut, geram. Semuanya ada. Kurang buat research dan tak ready dari segi mental adalah antara puncanya. So saya stop dan mula balik bulan depannya. Sebab dah start expose bulan lepas, Mayra pass lepas 3 hari potty training. Alhamdulillah. 

Lain anak lain cara nya. Antara tips yang saya boleh kongsi ikut pengalaman sendiri ialah:

1. Ibu kuatkan mental

Ini yang paling penting. Saya putus asa sebab ni la. Penat nak cuci kalau anak terbabas. Rasa nak marah. Padahal kita yang tak bersedia. Anak tu tak bersalah pun. Kesian dia kena marah.

2. Sentiasa pesan dekat anak 

Kalau boleh bagitau anak, nanti nak pee pergi toilet, nak poo pergi toilet ya. Setiap 10 minit pesan pun takpe. Jangan jemu. Inshaallah. Berkesan sangat.

3. Belikan tempat toilet comel-comel untuk dia

Supaya dia tak takut dan seronok ke toilet. Kalau Mayra saya beli tempat duduk yang kecik tu. Tu pun dia pakai sekejap je. Lepas tu dia dah boleh duduk dekat sit toilet biasa. Risauu takut jatuh mula-mula tu. Tapi lama-lama okey je.

4. Simpan semua karpet. 

Senang nk detect dia kalau terbabas & senang lah nak cuci. Sediakan juga alat mencuci kat satu tempat. Macam tisu, kain buruk, kain mop, air sabun dan sebagainya.

5. Take note pukul berapa dia pee & poo

Kalau boleh gantung whiteboard satu dekat pintu toilet tu, catit berapa minit sekali dia nak ke tandas. Dari situ kita boleh agak pukul berapa pulak lepasni.

6. Buat bila betul-betul free & ready

Kalau yang surirumah senang sikit. Tapi kalau yang bekerja tu buat masa weekend dan kalau perlu ambil cuti untuk fokus proses ni.

7. Kejut anak waktu malam untuk ke tandas 

Sediakan alas bawah katil, senang nak cuci. Beli yang ringan. Saya dulu beli sarung cadar yang berat so susah sikitla. Yang penting kena sangat sabar dan jangan stress dengan anak-anak.

Dia pun tengah dalam proses untuk belajar. Jangan lupa kita dulu-dulu pun macam ni juga masa kecik. Kerjasama dengan partner untuk sama-sama cuci dan saling memberi semangat. We can do it parents!

Sumber: Facebook Elina Fatini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×