Pengarah Train to Busan, Yeon Sang-ho kini kembali menyajikan drama bersiri dengan genre supernatural horror bertajuk Hellbound.
Menggantikan Squid Game sebagai TV Show No. 1 trending di Malaysia dan Top 10 di 71 negara lain, Hellbound sekali lagi membuktikan versatiliti rancangan TV bersiri dari Korea Selatan yang cukup digilai penonton serata dunia.
Plot Drama Hellbound
Semua yang hidup pasti merasa mati. Kita takkan tahu bagaimana kesudahan kita hidup di dunia ini.
Drama bersiri 6 episod ini berjaya menarik perhatian penonton dengan kemunculan awal tiga makhluk seakan Hulk yang mengejar manusia di tengah-tengah kota Seoul.
Makhluk ini akan membunuh kemudian membakar mangsa sehingga tinggal abu dengan kuasa supernaturalnya.
Kredit Foto : otakukart.com
Kemudian, mereka akan lesap semula ke dalam portal yang dikatakan datang dari alam lain.
Peristiwa serangan makhluk ini kemudiannya menggemparkan Korea Selatan apabila orang ramai menyaksikannya sendiri dan tular di media sosial.
Orang ramai mula rasa ketakutan dan inginkan penjelasan tentang peristiwa luarbiasa ini.
Namun semua pihak termasuk pihak berkuasa hinggalah media penyiaran tidak dapat memberikan jawapan tentang tragedi yang cukup menggerunkan ini.
Angkat Isu ‘Penunggang Agama’
Kebingungan orang ramai pada perkara ini membuka ruang kepada seorang ketua kultus (cult / ajaran sesat) untuk tampil kononnya untuk memberikan penjelasan kepada fenomena ini.
Organisasi keagamaan atau kumpulan cult yang dinamakan ‘New Truth Society’ yang diketuai oleh Jeong Jin-soo lakonan Yoo Ah In mula mendapat tempat dalam masyarakat.
Kumpulan agama sesat ini percaya setiap pembunuhan yang dilakukan oleh makhluk itu berlaku mengikut ramalan. Kononnya, satu ‘wajah’ akan muncul di hadapan mangsa untuk menyampaikan khabar buruk tersebut.
‘Wajah’ itu juga akan beritahu bila mereka akan mati dan mereka akan diheret ke neraka.
Tema yang dibawakan ini mungkin satu sindiran pada segenap masyarakat yang realitinya memang mudah membuat spekulasi dan mudah terikut-ikut mendengar khabar angin tanpa usul periksa.
Jeong yang begitu taksub dengan fahaman ini turut memomokkan masyarakat yang kononnya perkara ini berlaku kerana Tuhan sudah terlalu penat untuk menunggu berhenti berbuat dosa.
Jeong serta pengikutnya juga mencemuh pendosa serta keluarganya. Mereka menganggap perisitiwa kemunculan makhluk menyerang manusia itu merupakan balasan ‘cash’ kepada pendosa daripada Tuhan.
Ini kemudian mendorong pengikutnya untuk mengaku dosa-dosa yang telah dilakukan untuk menyelamatkan diri.
\
Kredit Foto : koreaboo.com
Sejak dari kecil, Jeong memang suka manipulasi orang dalam cara yang kejam.
Kepintarannya dalam menawarkan jawapan dalam pelbagai kemusykilan, ditambah dengan pendirian dan keyakinan Jeong yang cukup tinggi menjadikan orang ramai begitu mudah untuk terpengaruh dengannya.
Sebahagian kecil daripada pengikutnya terlalu taksub sehingga mencetuskan satu lagi kumpulan ekstrimis kecil yang dinamakan Arrowhead.
Kumpulan ini bertindak dengan menghukum orang semahunya jika mereka rasakan dosa yang dilakukan terlalu berat.
Kredit Foto : kedglobal.com
Peguam Min Hye-jin dan wartawan Bae Young-jae tampil untuk mencari kebenaran di sebalik fenomena aneh dan kepercayaan sesat yang sedang berlegar-legar dalam masyarakat.
Dapatkah mereka menemui jawapan bagi peristiwa misteri ini? Kalau nak tahu kenalah tonton sampai habis !
Berbanding Train to Busan, part yang paling ditakuti bukanlah makhluk gergasi itu, tetapi kelakuan manusia yang sanggup berpaling antara satu sama lain dan hilang rasa empati bila diduga dengan peristiwa yang berada di luar kawalan mereka.
Jika zombie di Train to Busan menyerang sekumpulan penumpang kereta api dengan begitu pantas, Hellbound pula menduga manusia untuk bertindak secara rasional dalam situasi yang begitu mendesak.
Kekuatan terbesar Hellbound terletak pada tema drama yang menyentuh isu ketuhanan, serta kerakusan manusia untuk sesuka hati menghukum antara satu sama lain.
Jarang dibawakan oleh K-drama sebelum ini, Hellbound juga bijak membawakan isu penunggang agama dan penerimaan masyarakat ketika diduga perkara yang menjangkaui akal fikiran.
Kredit Foto : netflix.com
Review
Rata-rata orang suka menonton Hellbound kerana CGInya yang cukup mantap serta genre yang cukup jarang dibawakan. Tapi sesetengah penonton juga mengatakan jalan ceritanya agak ‘mengarut’, agak tergantung dan sukar difahami.
Tapi mungkin ia adalah petanda untuk Season 2 nanti.
Apapun, jom baca antara komen penonton di Facebook yang dah habis menonton siri drama ini:
#Review 1
Ep 6. As a mother myself..oh my!! Aku sobbing so hard. Ultimate sacrifice. Best parents
Terus teringat lagu Aishah, syurga ditelapak kaki ibu.
Ending mmg kuat bau nya nak ada 2nd season.
Well done hell bound casts.Top top class acting, sampai aku tak lalu dah nk puji YAI. Mmg layaklah dia tapau semua award setiap kali bertanding
Review #2
Aku rasa kdrama ni antara kdrama yg aku taktau camne nak explain
Perasaan aku pas tgk drama ni, rasa gloomy & anxiety aku triggered
Sgt2 tak sesuai utk kanak2…org dewasa yg nak tgk pun dinasihatkan jaga akidah sbb cite ni agak terpesong dari akidah
Plot twist mmg x jangka & ending dia pun aku mcm terpinga2
Cite ni sebenarnya tentang kejadian mistik yg org xtau pun nak explain kenapa puncanya tp dorg amik kesempatan dr segi agama
Episod 2 sedih bethollll
Taktau la nak rate bape bintang. Korang tgk la sendiri
#Review 2
Review aku, fiksyen ni agak mengarut dan buat aku trigger dengan fahaman yang cuba disampaikan. Nama pun fiksyen kan. So memang la unsur mengarut tu harus ada.
Worth to watch tak? Aku pun tengok skip-skip banyak sebab bukan genre yang aku suka. Save Me pun kisah penunggang agama tapi aku x skip sebab bukan fiksyen dan dia tak mengarut. Satu lagi ialah, patutnya politician Korea yang patut dapat ramalan tu, sebab dosa politician diorang lagi jelas bersuluh kalau dlm drama.
Realitinya, bab penunggang agama ni walaupun benda bangang, dan boleh fikir ikut logik akal..tetap akan ada orang percaya. Even yang dah ada Ph.D pun ramai terjebak dengan ajaran sesat.
Hellbound bukan sahaja brutal dan menakutkan, malah ia juga mengetengah isu yang agak sensitif dan berat menjadikannya rancangan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.
Kita sebagai orang Islam perlulah mengambil iktibar yang penting sahaja dan jangan pula mengambil berat fahaman karut di dalam drama bersiri ini ok!