Kini Trending

Hasil ‘Hubungan’ Abang & Adik, Bayi Meninggal Dunia 2 Jam Selepas Dilahirkan

56
SHARES

Seorang bayi lelaki hasil daripada hubungan sumbang mahram pasangan adik beradik di Dustlik, Uzbekistan, mati hanya selepas dua jam dilahirkan kerana kecelaruan genetik.

Bayi tidak bernama itu lahir pada 4 Jun 2022 dengan pelbagai kecacatan. Lebih menyayat hati apabila saat-saat terakhir bayi itu menangis di dalam inkubator sempat dirakam sewaktu seorang jururawat sedang mengelap punggung si kecil itu yang kering dan bersisik.

Baca juga: Ibu Vegetarian Sanggup Biarkan Anak Usia 18 Bulan Mati Kelaparan

HASIL HUBUNGAN ABANG & ADIK, BAYI MENINGGAL DUNIA 2 JAM SELEPAS DILAHIRKAN

Memetik laporan Mirror UK, bayi lelaki itu lahir dengan ichthyosis kongenital yang teruk selain beberapa kecacatan lain yang turut mengancam nyawanya.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Uzbek, ichthyosis merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan kulit sentiasa kering, bersisik, dan tebal.

“Dalam bidang perubatan terbukti kebanyakan kes, kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai kecacatan genetik akibat perkahwinan saudara terdekat.

“Khususnya, disebabkan keluarga sebegitu, anak dalam kandungan mungkin mengalami penyakit berbahaya seperti terencat akal kongenital, gangguan kromosom, sindrom Down, terencat mental dan fizikal yang teruk.

“Oleh itu, kami meminta golongan muda yang sedang membuat persiapan untuk berkahwin, pertama sekali, menjalani pemeriksaan kesihatan, dan seterusnya memulakan hidup baharu, mengelak perkahwinan antara saudara terdekat.”

Ibu kepada bayi tersebut berusia 28 tahun, hamil 35 minggu dan empat hari ketika bayinya dilahirkan. Bayi itu merupakan anak keduanya. Anak pertama bersama bekas suaminya dilahirkan cukup sifat.

Walaupun kelahiran berisiko ini menjadi keutamaan para doktor, bayi malang tersebut cuma mampu hidup selama dua jam 10 minit sebelum mati.

Sumber: Mirror UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×