Tech

5 Perkara Tentang FoldiMate, Mesin Lipat Baju Yang Buat Para Isteri Naik ‘Angau’!

11K
SHARES

“Kemas rumah dah, memasak beres, basuh baju settle – tapi kain baju bukan main banyak berlonggok dalam bakul. Seksanya nak melipat baju ni. Kalau dibiarkan, makin menggununglah jawabnya!”

Inilah dilema para isteri dan mak-mak di rumah kan? Sebutlah apa kerja rumah pun, bukan main laju boleh siap. Tapi bab lipat baju ni tak tahulah kenapa ‘liat’ semacam.

Sebab itulah bila video mesin lipat baju automatik FoldiMate dimuatnaik di media sosial, ramailah para isteri yang naik ‘angau’! Ada yang tag suami minta dibeli, ada yang tanya harga berapa, jual kat mana dan sebagainya.

Jadi, jom tengok beberapa perkara yang kami tahu tentangnya setakat ini.

5 Perkara Tentang Foldimate, Mesin Lipat Baju Automatik Berteknologi Tinggi

Video mesin lipat baju automatik yang tular dimuatnaik adalah sebuah prototaip yang dipamerkan sekitar Consumer Electronics Show 2019 (CES2019) yang bertempat di Vegas. Ia merupakan sebuah acara tahunan yang mengumpulkan produk antarabangsa berteknologi tinggi daripada pelbagai industri dan berpotensi untuk dipasarkan kepada umum.

Walaupun idea ini pernah diketengahkan beberapa tahun dahulu, namun prototaip kali ini ia telah ditambah baik dan dilengkapi dengan pelbagai ciri user friendly.

Berikut adalah beberapa keistimewaan dan ciri mesin lipat baju tersebut.

1. Melipat 25 Helai Pakaian Dalam Tempoh Kurang 5 Minit

Wah, memang pantas tu! Tapi macam mana kalau saiz baju lain-lain? Jangan risau, mesin FoldiMate ini telah direka khusus untuk melipat pakaian daripada kanak-kanak berusia 6 tahun hinggalah saiz XXL, termasuklah tuala bersaiz sederhana.

Macam dalam video yang kita boleh tengok tu, cara menggunakannya mudah sangat. Cuma perlu letakkan pakaian pada tray dan baju yang siap dilipat akan keluar dari bahagian bawah mesin. Tak perlu angkat satu-satu sebab ia boleh susun beberapa helai pakaian sekaligus. Daripada situ, kita boleh terus angkat dan simpan dalam almari. Mudah kan?

Mesin FoldiMate yang ‘menggegarkan’ acara CES 2019. / Foto Kredit: Business Insider

2. Pakaian Yang Tak Boleh Dilipat

Walaupun ia memudahkan kerja, bukan semua jenis fabrik boleh disumbat dalam mesin ni ye. Menurut laporan Design Boom, FoldiMate tak sesuai digunakan untuk melipat pakaian kecil seperti pakaian bayi, stokin, dan sebagainya. Ia juga tidak boleh melipat pakaian atau fabrik yang terlalu besar atau bulky seperti cadar, comforter, baju sejuk.

Hmm... Agaknya jubah dan maxi dress boleh tak ye?

Foto Kredit: ubergizmo.com

3. Kid-Friendly

Katanya mesin ni dah direka dengan fungsi yang sangat mudah dan boleh digunakan oleh sesiapa saja. Tengok macam dalam gambar yang dimuatnaik dalam laman web rasmi FoldiMate, anak-anak dia pun boleh pakai sendiri sambil mak ayah ‘sibuk’ tengok TV. Hehe.

So, tu maknanya kalau beli mesin ni nanti memang tak ada alasan nak escape tolong mak atau wife lipat baju walaupun tangan tak berseni lipat baju semua jadi bentuk lain-lain. Kan?

harga mesin lipat baju automatik

4. Siapa Perekanya?

Founder FoldiMate dan juga pencetus idea kepada mesin ini adalah Gal Rozof, seorang software engineer yang mula merealisasikan idea ini sejak tahun 2010 lagi.

Fuh, sekarang dah 2019 guys, maknanya dah hampir 9 tahun dia cuba menambah baik prototaip mesin tersebut sampailah ke tahap yang sekarang ni.

Foto Kredit: foldimate.com

5. Harga Pasaran

OK, rasanya inilah persoalan yang paling ramai nak tahu.

Menurut laporan, FoldiMate ini bakal dilancarkan penjualannya dalam akhir tahun 2019 ini. Harga yang disasarkan adalah $980 atau kalau convert duit Malaysia, sekitar RM4k jugalah kan? Itupun kalau masuk postage berapa agaknya.

Apapun, kalau fungsinya betul-betul seperti yang dijanjikan, harga tu mungkin boleh dikatakan relevan. Lebih-lebih lagi kalau kita sejenis yang susah sangat nak melipat baju. Lagipun, penat-penat orang tu perah otak nak buat mesin ni ingat senang-senang nak jual murah?

Dulu masa mesin dryer baru dijual pun harganya ramai kata mahal dan tak berbaloi sebab negara kita ada matahari, kejap je jemur dah kering baju. Tapi makin ramai yang beli sebab ia sangat memudahkan. Nampak kan? Convenience tu yang penting.

Difahamkan sekarang ni dah ada ramai yang buat pre-order untuk tempah mesin FoldiMate ni. So kalau anda nak jadi yang terawal memilikinya di Malaysia, bolehlah terus ke laman web rasmi mereka di FoldiMate.com. Boleh tinggalkan email dekat sana dan sebarang update akan diberitahu terus kepada anda.

Jadi Macam Mana, On Tak On?

Jadi itulah yang kami tahu tentang mesin lipat baju automatik aka FoldiMate setakat ini. So amacam, makin jatuh hati atau nak tunggu keluaran China tak lama lagi?

 

*Sumber: DesignBoom, Business Insider

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×