Hati siapa yang tidak terluka apabila sebuah kata-kata yang datang dari insan yang paling disayangi, ibarat sebuah pisau belati.
Siapa sangka hati seorang anak terluka apabila mengetahui, adiknya lebih disayangi oleh si ibu berbanding dirinya. Anak yang terdengar sebuah perbualan berbaur pilih kasih itu telah berjaya menggores perasaannya.
Baca juga: Bayi 10 Bulan Ditemui Tidur Nyenyak Sewaktu Terperangkap Dalam Kereta
HATI ANAK TERLUKA AKIBAT PERBUATAN IBU PILIH KASIH
Sebagaimana perkongsian daripada pengacara dan penyampai radio Fedtri Yahya di laman sosialnya, yang menerima sebuah luahan hati melalui mesej peribadi daripada individu tersebut.
Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan itu, dia terdengar perbualan ibunya menerusi sebuah panggilan telefon.
Wanita itu bercerita dia menyayangi si adik lebih berbanding dirinya.
“Dia memuji adik bagai malaikat, dia bercerita sentiasa mendoakan adik dimurahkan rezeki dan ada merendahkan saya dalam perbualan itu,” katanya dalam luahan itu.
Pada malam itu, dia berasa sungguh kecewa dan merupakan hari paling menyedihkan sepanjang hidupnya.
“Gagal dalam kerjaya, sekolah, percintaan pun tak serapuh ini. Hancur sangat hati,” katanya lagi.
TERASA DIRINYA SEOLAH SEPERTI ANAK YATIM PIATU…
Beritahunya lagi, mereka hanyalah dua-beradik tetapi dirinya terasa bagai seorang anak yatim piatu.
“Saya mungkin tak ada duit dan tak mampu beri sebanyak apa yang mampu adik beri. Tapi hari-hari saya doakan kesihatan dan kesejahteraan hidupnya.
“Sedih. Sangat sedih. Terasa lebih baik saya tak dilahirkan pun tak mengapa,” luahnya yang begitu rasa kecewa.
Sumber: Twitter Fedtri Yahya