Asuh

Guna Aplikasi Matematik ‘Go Math’ Ini Untuk Anak, Memang Mudah & Anak Akan Suka!

13
SHARES

Mengajar anak mengira bukanlah satu perkara mudah dan pelbagai cara perlu dicuba untuk menarik minat anak terhadap matematik. Biasanya ibu ayah akan mengeluarkan wang untuk membeli buku berkaitan ilmu hisab dan ia sudah tentunya sedikit mahal.

Untuk mengajar anak kira-kira, tak perlu pun mengeluarkan wang kerana boleh sahaja menggunakan peralatan di rumah seperti mengira lidi, cawan dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengajar anak matematik menggunakan aplikasi percuma di telefon iaitu Go Math seperti yang dikongsi oleh Puan Hanis Athirah Rusli di laman Facebook.

GUNA APLIKASI MATEMATIK ‘GO MATH’ INI UNTUK ANAK

Bila anak dah faham konsep tambah, saja nak uji minda anak pula. Biasa buat santai-santai dalam kereta ke, dekat rumah je sebut secara rawak je operasi matematik dan mereka jawab.

Berebutlah dua beradik jawab lepas tu ada lah drama pula bila ada yang menang dulu jawab cepat. kebetulan semalam saja-saja scroll play store terjumpa aplikasi ni.

Test main rupanya best juga sebab boleh uji kecekapan anak mencongak. Kiranya adil kali ni sebab ada timing dan game ni ada ending.

Jadi anak tak boleh hadap phone lama-lama kan. Cubalah muat turun , cari je perkataan Go Math. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×