Asuh

Guna 3 Bahan Ini Saja Dah Boleh Hilangkan Kerak Botol Susu Dalam Sekelip Mata!

405
SHARES

Memang susah nak hilangkan kerak susu dalam botol susu anak-anak. Tambah pula kalau botol susu tu dah masuk 2-3 hari tak basuh. Dah bermacam-macam petua dah cuba tapi masih degil segala kotoran nak hilang. Takkanlah nak beli botol susu banyak-banyak pula kan?

TIPS HILANGKAN KERAK SUSU DENGAN PANTAS MENGGUNAKAN 3 BAHAN SEMULAJADI

Masalah yang selalu dihadapi bagi ibu yang beranak kecil tak lain tak bukan adalah isu BOTOL SUSU BERKERAK. Lambat basuh jek, mulalah botol susu dan puting berkerak. Biasalah, seisi menjejak kasih botol susu anak nie memang memusing keliling rumah dan dalam keta.

www.wikihow.com

Nak hilangkan kesan kotoran susu bukan senang. Naik surrenderrr omak nyer. Last-last beli jek botol dan puting susu yang baru. Betul tak? Kak Siti salah seorang ibu yang mempunyai masalah ni. Walaupun ada pebagai sabun pencuci botol dalam pasaran, rasanya Kak Siti lebih selesa dengan tips mengunakan 3 bahan semulajadi. Baru-baru nie Kak Siti ada terbaca tips nie dalam FB. Kali nie, nak apply sendiri dan share dengan kawan-kawan. Baru nampak berkesan kan.

Nasiblah 3 BAHAN AJAIB ni memang ada kat dapur. Rupa-rupanya ada fungsi RAHSIA yang ramai antara kita tak tahu.
Inilah cara membuat ‘pencuci botol susu organik’ yang mudah.

BAHAN-BAHAN

Air panas
Garam
Beras

www.facebook.com/siti.kadir.33

CARA-CARA

1. Mula-mula masukkan beras ke dalam botol. Kemudian, isikan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi

2. Tutup dengan penutup dan goncangkan botol susu dengan penuh kasih sayang. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang. Kalau  yang degil-degil sangat tu, kena goncang lama sikit. Since Kak Siti suka buat 2-3 kerja serentak. Kak Siti buat berzumba dengan anak-anak ni.

3. Bila kerak susu dah habis tertanggal, bilaskan dengan air bersih.

4. Ulangi Dengan Garam pula. Letak garam dan air panas, and start shake it. Kejap jek. Nak senang, pakai berus botol untuk kesan yang lebih cepat.

Tips untuk Bersihkan Puting

Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras. Kerak susu akan tanggal dengan mudah. Buat sampai hilang. Kak Siti wat dalam 5-10min bagi yang kerak susu degil. Terutama yg dekat ring tue kan. Kekadang, berus manja-manja pakai berus botol.

SENANG TAK?

Jimat pun jimat, cuma guna bahan yang sedia ada di rumah. Dengan cara ini juga, kita boleh elakkan anak daripada sakit perut akibat sabun pencuci. kekadang tue, tanpa sedar botol susu tak dibilas dengan bersih.

Nota Tambahan

Apapun, kena ingat juga bahawa puting dan botol susu ini ada tarikh luputnya masing-masing. Kalau dah bercalar dan lebih 6 bulan, dah tiba masanya untuk ditukar baru. Namun, bergantung juga kepada jenama botol susu dan puting masing-masing. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu untuk menjaga kebersihan botol susu dengan lebih baik. Terima kasih atas perkongsian tips istimewa ini daripada Puan Fitriah Azman, atau gelaran mesra beliau, Kak El.

Bagi ibu-ibu yang alami masalah yang sama, SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Siti Kadir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×