Penataan ruang rumah semasa hari perayaan sangat penting. Dari pemilihan warna cat, fabrik langsir, jenis sofa sehinggalah tekstur karpet sangat dititik beratkan. Namun begitu, bunga hiasan seolah pelengkap kepada penataan gaya di rumah. Sama ada bunga hidup atau tiruan, setiap satu mempunyai kelebihan sendiri.
Gubahan bunga mempunyai pelbagai jenis. Jika dahulu gubahan gaya Inggeris menggunakan bunga ros menjadi pilihan sebagai dekorasi. Kini, ramai lebih gemar memilih orkid sebagai bunga hiasan penyeri rumah.
GUBAHAN ORKID 3 TANGKAI
Menurut pereka hiasan dalaman, Awienaz, gubahan bunga orkid kebiasaannya diletakkan di ruang tamu sebagai penyeri ruangan dengan variasi warna bunga yang ceria, iaitu kuning, ungu dan merah jambu. Bunga orkid juga menjadi pilihan kerana tampak eksklusif, padan dengan ciri minimalis yang menjadi ikutan dalam penataan dekorasi rumah.
Baca juga : DIY Meja Gaming Dari A-Z, Hanya Guna Plywood & Kayu Terpakai
GUBAHAN BUNGA ORKID LATEX
Bahan-bahan
- Bunga orkid tiruan latex (3 tangkai)
- Daun orkid tiruan latex ( 3 tangkai)
- Buluh saiz kecil /ranting kecil (3 batang)
- Pasu saiz medium berisi span
- Dried moss (lumut kering)
- Cable tie
Cara-cara
- Isi pasu dengan span, gamkan dried moss (lumut kering) menutupi span dan tunggu sehingga gam kering.
- Ukur ketinggian gubahan yang diingini, bengkokkan hujung tangkai orkid, letak gam dan cucuk kedalam span.
- Ulang langkah diatas dengan ketinggian tangkai orkid yang berbeza.
- Guna bunga orkid tiruan jenis latex kerana ia lebih kelihatan semulajadi dan tahan lebih lama.
- Tambah buluh atau ranting kecil untuk menyokong tangkai orkid. Ikat tangkai orkid dan buluh menggunakan cable tie.
- Untuk nampak gubahah lebih hidup (natural), lenturkan dan bentuk tangkai orkid.
- Kemudian, penuhkan dasar gubahan dengan daun orkid.
- Tambah aksesori seperti moss stone atau succulent kecil mengikut citarasa masing-masing.
Boleh lawati Instagram milik Awienaz untuk melihat pelbagai gubahan jenis lain – Awienazmustafha (@awienazmustafha) • Instagram photos and videos
Tonton video penuh gubahan orkid di platform Youtube Sirap Limau. Jangan lupa subscribe!