Deko & Hias

DIY Meja Gaming Dari A-Z, Hanya Guna Plywood & Kayu Terpakai

333
SHARES

Hobi gaming atau bermain video game merupakan trend semasa bagi belia zaman sekarang. Meja gaming mestilah mempunyai spesifikasi tertentu, seperti keluasan minimun, fungsi dan praktikal. Kebiasaannya harga meja gaming lebih mahal kerana memiliki fungsi moden seperti boleh menampung 2-3 unit monitor dan peralatan lain serta ketinggian yang boleh dilaraskan.

Bagi Dzul Yusoff, beliau mempunyai minat mendalam dalam seni tukang sejak usia muda lagi. Ingin berkongsi minatnya, Dzul membuka akaun Youtube dan menghasilkan video-video diy perabut untuk tontonan warganet. Jom tengok cara Dzul membuat meja gaming!

DIY MEJA GAMING DARI KAYU TERPAKAI

Bahan yang diperlukan :

  • Plywood
  • Hardwood
  • Cat minyak
  • Contact Adhesive

Alatan yang diperlukan :

  • Untuk potong kayu – circular saw, mitre saw & table saw
  • Untuk sanding – orbital sander & grinder
  • Untuk buat edges – wood router
  • Untuk skru & drill – impact driver & normal drill

CARA MEMBUAT MEJA GAMING

  •  Potong plywood mengikut ukuran dan saiz dikehendaki. Ukuran meja saya, panjang 60 inci x lebar 32 inci.

  • Ratakan permukaan plywood dengan orbital sander. Ini step penting untuk smoothkan permukaan table top.
  • Teruskan dengan melapisi permukaan table top dengan white laminate berwarna putih.
  • Lekatkan lapisan laminate dengan contact adhesive. Pastikan gam disapu rata atas permukaan table top.
  • Untuk bahagian kaki meja, ukur dan potong kayu mengikut saiz dikehendaki.  Ukuran kaki meja 29.5 inci untuk sesuaikan dengan ketinggian saya.
  • Kaki kayu yang digunakan agak keras, saya gunakan circular saw untuk memotong.
  • Ratakan permukaan kaki kayu dengan orbital sander.
  • Untuk slot/ edges pada kaki kayu, gunakan wood router untuk membentuk

  • Gunakan kombinasi mitre saw dan table saw untuk membuat slot bersaiz besar pada kaki kayu.

  • Untuk gabungkan kaki kayu, gunakan dowel atau skru.
  • Ratakan permukaan kayu lagi sekali dan sapu cat minyak.

  • Gabungkan bahagian table top dan kaki kayu. Siap!

Beginilah hasil meja gaming hasil diy sendiri oleh Dzul Yusoff. Bermodalkan RM120 dengan barangan terpakai, boleh buat sendiri meja untuk diri sendiri. Kos termasuklah plywood (RM60), lapisan laminate (RM35), hardwood kayu terpakai (free of charge), skru, caj elektrik dan lain-lain (RM25).

Tengok sendiri cara membuat meja ini melalui video di bawah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×