Famili

Apa Salahnya Beli Barang Buatan Malaysia Kan? Ini 10 Barang Keperluan Rumah Dari Orang Kita

488
SHARES

Mesti anda dah terbiasa mendengar slogan ‘Jom Beli Barang Buatan Malaysia’ tapi kadang-kadang tak berapa pasti apa jenis barang buatan Malaysia yang ada di pasaran kan? Biasanya kita hanya tahu kebanyakkan barangan buatan Malaysia mesti produk makanan ataupun kraftangan sahaja.

Haa jangan tak tahu, sebenarnya orang kita dah hasilkan banyak produk setanding antarabangsa tau. Jom kami kongsikan 10 barangan keperluan rumah berjenama lokal yang best boleh anda cuba!

1. Pencuci Pinggan Mangkuk 40 days

Jenama: AFY HANIFF

Sabun pencuci pinggan 40 days keluaran syarikat AFY HANIFF dijamin mampu menanggalkan minyak degil dan mudah dibilas. Ia datang dalam dua variasi wangian iaitu Serai Wangi dan Lemon serta Pandan dan Limau Nipis dengan harga serendah RM6.90 sahaja!

Selain pencuci pinggan, AFY HANIFF turut menghasilkan beberapa lagi kelengakapan rumah lain seperti racun penghalau serangga, sabun tangan, hand sanitizer dan macam-macam lagi! Kesemua produk keluaran syarikat ini adalah berasaskan bahan semula jadi yang selamat digunakan.

Kalau anda berminat nak dapatkan barangan mereka, bolehlah segera berkunjung ke pasar raya Giant, Mydin, NSK ataupun Aeon Big berhampiran. Untuk pembelian secara atas talian pula, anda boleh membuat pesanan melalui akaun rasmi mereka di Shopee.

2. Gubahan bunga 

Jenama: Seni gubahan bunga segar dan tiruan Awienaz Mustafha

Hiasan bunga memainkan peranan penting untuk menaikkan seri rumah. Kalau ada gubahan bunga, barulah rasa sejuk mata bila pulang ke rumah setelah penat seharian bekerja kan?

Kalau anda tak pandai nak gubah bunga sendiri jangan risau! Lawati saja laman Facebook Awienaz Mustafha. Di situ ada pelbagai jenis gubahan bunga hidup dan tiruan yang boleh anda pilih dengan harga berpatutan. Sebut je nak bunga apa, semua jenis ada tau! Paling penting semuanya cantik-cantik belaka.

3. Produk pencuci BILO

Jenama: BILO

Dengan produk pembersih Bilo pinggan mangkuk korang mesti akan berkilat macam baru! Tak perlu dah nak membeli set pinggan mangkuk setiap tahun lepas ini. Gunakan je Bilo, harga berpatutan, kualiti pun terjamin. Senang kata memang puas hati lah!

Untuk cara pembelian dan maklumat lanjut megenai produk Bilo Malaysia, anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka.

4. Sabun serbaguna dan penyegar udara Champaca

Jenama: Inas

Sabun serbaguna Champaca adalah sabun yang diformulasikan bersesuaian untuk mencuci semua jenis barangan rumah. Boleh digunakan untuk mencuci pinggan, baju dan menanggalkan kotoran degil pada peralatan dapur.

Haa kalau anda ada mesin pengisar yang dah melekat kotoran warna lain dek kerana mengisar bahan-bahan memasak, gunakan je sabun Champaca, confirm bersih!

Sekarang mereka tengah rancak mengadakan promosi hebat! Dengan RM30, anda boleh dapat 1 sabun Champaca 850 gram dan juga satu penyegar udara dari jenama yang sama. Klik di sini kalau nak tahu lebih lanjut tentang promosi ini.

5. Bantal Lentoq, paling selesa!

Jenama: Lentoq

Ini dia bantal paling selesa seperti di hotel 5 bintang yang dihasilkan dengan material 100% cotton sejuk! Ia didatangkan dengan zip tersorok bagi memudahkan pengguna melaraskan tahap ketebalan mengikut keselesaan masing-masing.

Pesanan produk boleh dibuat melalui akaun Shopee Kedai Melissa. Mereka juga ada menawarkan produk lain seperti sarung tilam dan bantal kalis air, cadar asrama, karpet baldu dan banyak lagi barangan keperluan rumah lain.

6. Penghalau Serangga Serai Wangi

Jenama: LERY Serai Wangi

Penghalau serangga Serai Wangi keluaran LERY Group Sdn Bhd diperbuat daripada serai wangi berkualiti tinggi. Ia bukan sahaja berkesan untuk menghalau serangga, cicak, lipas, tikus dan nyamuk malah boleh juga digunakan sebagai penyegar udara.

Ia juga berkesan untuk menghapus bau-bauan yang tidak menyenangkan pada karpet dan tilam. Hanya dengan satu semburan ia bakal menyegarkan karpet dan tilam anda sekaligus membunuh kuman dan bakteria berbahaya. Klik di sini untuk mendapatkan senarai penuh produk yang ditawarkan LERY Group Sdn Bhd dan cara pembelian.

7. X’MOS AEROSOL NYAMUK

Jenama: DR Mos

X’Mos adalah semburan nyamuk paling berkesan generasi baharu yang dilengkapi dengan teknologi nano micro. Ianya merupakan produk penghalau nyamuk hampir tidak berbau dan mesra alam.

Penghalau nyamuk X’Mos hadir dalam saiz mini bagi memudahkan pengguna untuk menyimpan dan membawanya kemana-mana sahaja. Bersesuaian untuk kegunaan dalam rumah dan di luar rumah terutama sekali sekiranya anda dan keluarga gemarkan aktiviti berkelah di taman atau sungai.

Produk ini dijamin bakal memberikan perlindungan berpanjangan bagi memastikan anda terlindung dari gigitan nyamuk. Untuk maklumat terperinci mengenai produk ini, layari laman web rasmi mereka di sini.

8. Pinggan mangkuk seramik

Jenama: Oriental Ceramics

Suri rumah mesti tergoda kalau tengok set pinggan mangkuk. Tak shopping barang lain pun tak apa, janji dapat pinggan mangkuk baru betul tak? Sekarang kalau nak beli pinggan mangkuk terus je beli di Oriental Ceramics Official Shop tau! Semua jenis rekaan tableware mereka memang sangat cantik dan paling penting dijual dengan kadar harga berpatutan!

Sebutkan sahaja apa yang anda mahu sama ada pinggan? Mangkuk? Teko dan cawan? Semuanya mereka ada! Tinggal pilih corak mana yang berkenan di hati dan kena dengan budget anda.

9. Lampin bayi dan sanitary panties pad untuk wanita

Jenama: Weezy, Midori dan Sensof

Kami yakin mesti ramai tak tahu yang kita sebenarnya ada lampin pakai buang bayi dan sanitary panties pad buatan lokalKedua-dua produk ini dikeluarkan SJ Circle Sdn Bhd melalui kilang mereka yang diiktiraf halal di Malaysia.

Lampin pakai buang bayi Weezy dan Midori hadir dengan lima saiz terdiri daripada S/M/L/XL dan XXL. Sementara tuala wanita yang direka khas dalam bentuk panties bagi memudahkan kaum hawa didatangkan dalam dua variasi saiz S dan L

Untuk pembelian produk, anda boleh berkunjung ke lama Shopee rasmi SJ Circle Official Store.

10. Impra bantu menyerlahkan kehijauan tanaman

Jenama: Impra

Impra menyediakan produk terbaik untuk kerja penanaman dan taman anda! Produk mereka dipasarkan sejak 2003 dan semenjak itu mula mendapat sambutan baik pengguna.

Mereka sentiasa menjaga kualiti produk melalui penggunaan bahan mentah terbaik serta sentiasa mengamalkan standard pengeluaran yang ditetapkan bagi memastikan semua produk keluaran mereka mampu berfungsi dengan baik.

Buat anda yang gemarkan aktiviti tanaman, jangan lepaskan peluang ini untuk cuba sendiri produk daripada Impra. Untuk cara pembelian dan maklumat lanjut. Silakan ke laman web rasmi mereka.

Jom kita bersama mula amalkan budaya membeli barangan lokal! Bukan sahaja dapat membantu para perniaga tempatan malah dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Selamat membeli!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×