Famili

Hilang Stres Mak-mak! Group FB ‘Anak Sepahkan Apa Hari Ini’ Dapat Sambutan Luarbiasa

101
SHARES

Pelbagai ragam anak-anak di rumah tentunya boleh membuatkan ibu-ibu geleng kepala.

Memanglah ‘meriah’ bila anak-anak sentiasa aktif dan mencari macam-macam idea baru untuk ‘eksperimen’ mereka di rumah, tapi kalau dah selalu tu kadang-kadang ibu-ibu pun boleh stres juga kan?

Malah sampai satu tahap tu mungkin kita akan rasa macam kita gagal jadi ibu yang baik, tak pandai nak didik anak, tak mampu uruskan rumahtangga dengan elok macam orang lain.

Rupanya kita bukan keseorangan ya ibu-ibu!

Inilah antara tujuan Group Facebook ‘Anak Sepahkan Apa Hari Ini’ diwujudkan oleh Puan Maryam Jamadi, seorang terapis cara kerja kanak-kanak (Pediatric Occupational Therapist) yang memiliki 2 pusat terapi di Selayang dan JB.

Beliau juga seorang ibu kepada 2 orang anak.

Tak sampai seminggu Group ini diwujudkan, jumlah keahliannya telah mencecah lebih 36 ribu orang.

Group anak sepahkan apa hari ini

Ramai yang menyertai Group ini berasa terhibur dan ‘tak keseorangan’ apabila melihat telatah anak-anak kecil yang dikongsikan oleh ibu ayah di rumah masing-masing.

Antara Telatah Lucu Anak-anak Di Rumah

Ada anak yang kerjanya suka tabur bedak, ada yang tunjuk bakat ‘melukis’ di dinding, ada pula yang buat ‘eksperimen’ bekukan barang dalam peti sejuk. Antara yang ekstrem, ada yang bubuh duit dalam oven sampai terbakar. Tengok duit kertas RM50 pulak tu… Huhu! Boleh kemurungan kejap ni.

Group anak sepahkan apa hari ini

Minyak bijan hilang rupanya kena ‘sorok’ dalam peti sejuk beku.

Yang ni bukan main kreatif lagi!

Eksperimen bubuh duit kertas dalam oven pun boleh..

Kemalangan kali kedua. Huhu.

Ada Juga Input Berguna

Tapi dalam rasa lawak tu, Group ini juga dilihat sebagai satu medan perbincangan yang positif kerana ibu bapa boleh berkongsi idea dan meminta pandangan membina terutamanya dalam bidang perkembangan kanak-kanak.

Di ruangan komen, Puan Maryam Jamadi juga meluangkan masa untuk memberi idea dan pandangan beliau sebagai seorang terapis cara kerja kanak-kanak.

Maka tak hairanlah Group ini mendapat sambutan luar biasa dari golongan ibu bapa, terutamanya ibu-ibu yang stres di rumah.

Lihat sajalah komen-komen dan perkongsian ibu-ibu di bawah. Rasa kelakar ada, rasa macam ‘I feel you’ pun ada kan?

Jadi, anda dah join ke Group ‘Anak Sepahkan Apa Hari Ini?’.

Bagi yang belum join lagi, ini antara perkongsian Puan Maryam Jamadi tentang realiti menjaga kanak-kanak yang membawa kepada tercetusnya penubuhan Group tersebut.

“TAK PANDAI KEMAS RUMAH KEEE???”

Kalau ada yang tanya soalan di atas, tolong “invite” masuk group Anak Sepahkan Apa Hari Ini? . Baru dia tahu langit tinggi atau rendah 😎

Dulu sebelum saya masuk dalam bidang terapi, saya pun pernah tertanya.

“Macam mana boleh biar je anak conteng dinding?”
“Macam mana boleh terlepas bagi anak main alat solek?”
“Macam mana rumah boleh jadi huru hara?”
“Mak bapak tak pantau anak ke?”

Tapi itulah realitinya, anak seorang pun dah boleh menghuru harakan rumah kita. Tak perlu tunggu anak ramai 😂

Kalau rumah yang ada anak normal pun dah macam itu, apatah lagi rumah yang ada anak istimewa. Saya pernah ada klien yang ada anak autisme cerita yang rumahnya tak ada apa-apa pun, di ruang tamu kosong sehinggakan TV pun tak ada. Mana kan tidak,

Lapik tikar getah rumah pun anak cabut buat main.
Pen sebatang tertinggal dah boleh buat 1 sisi dinding terconteng. ✍🏾
Mak ayah basuh tangan 5 saat, anak dah tabur nasi 1 ruang meja makan. 🍚
Setiap kali beli tv mesti anak pecahkan. 😫
Kabinet dapur yang berat dan tinggi pun boleh roboh dibuatnya, mujur sangat anak sempat selamatkan diri. 🧘‍♂️

Di pusat terapi saya juga tidak lari dari sepahan anak-anak didik, pernah juga berlaku episod:

1. Anak korek tahi sendiri dan makan. 💩
Ya, makan!
Memang ada isu ini sejak sebelum dapatkan bantuan terapi. Akhirnya, kami minta mak ayah pakaikan baju renang zip belakang badan ataupun sediakan tali pinggang supaya anak tak boleh masuk tangan dalam diaper baru selesai masalah.

2. Anak membuang air besar di diaper, sejurus selesai membuang terus calit semua “hasilnya” di dinding. 😭
Kes ini, memerlukan kehandalan deria baru mak ayah dan Teachers. Saat lepas habis membuang terus kena tukar diaper. Sesaat pun tak boleh lepas!

3. Anak buka zip bean bag yang digunakan semasa terapi. Habis 1 ruang terapi penuh “benda alah” putih itu. 🤯
Sesiapa yang pernah berada di situasi ini pasti tahu keazaban nak kutip “benda alah” putih itu. Azab! Akhirnya, semua bean bag kena jahit di bahagian zip. Bila anak cuba buka zip tak boleh, Teacher yang zip akan tersenyum lebar.

4. Anak obses dengan label barang-barang.
Habis nak berebut semua benda. Sabun basuh pinggan, sabun mandi atau benda yang berlabel kena buka label kalau tak mahu anak bawa dan cium label ke hulu ke hilir.

5. Anak makan semua benda termasuklah bekas bungkusan plastik. Paling suka getah tempe! 😱
Ya MAKAN, bukan tersalah baca ya. Kami terpaksa jauhkan anak ini dari segala benda. Perlu 100% pantauan, tak boleh terlepas walaupun 1 saat.

Ini baru 5 episod, tiap-tiap hari berdepan dengan episod lain-lain. Kadang-kadang terfikir, kami yang baru berdepan berapa jam pun dah macam ini. Macam mana mak ayah di rumah?

Memang tak dapat bayang. Tapi nak buat macam mana, itulah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita bila dah jadi mak ayah.

Disebalik rumah yang bersepah, terdapat makhluk kecil yang sedang berusaha mengembangkan otaknya sendiri.

Kena pilih, nak rumah bersepah tapi otak anak berkembang ataupun rumah tak bersepah tapi perkembangan anak terbantut?

Jangan terkejut kalau saya kata terbantut, sebab anak suka buat sepah itu adalah NORMAL bagi anak umur bawah 3 tahun. Paling ekstrim semasa umur 1-2 tahun, fasa dimana anak dah mula aktif kesana sini dan pantang lihat barang terkemas. Waktu ini normal anak RIMAS

– Barang dalam bakul.
– Barang dalam almari.
– Baju terlipat.
– Barang dalam kotak.
– Barang dalam beg.

Normal juga anak MARAH kalau kita kemas, sebab waktu ini anak rasa bila kita mengemas masuk benda dalam bakul, almari, beg atau kotak, barang itu HILANG selama-lamanya. Ada anak yang boleh menangis macam kena dera setiap kali mak ayah mengemas mainan dia 😂

Inilah dipanggil skil “object permanence” masih dalam pembinaan. Biasanya umur 2-3 tahun, skil ini akan mula berkembang dan barulah anak redha bila mak ayah mengemas ataupun dia pun akan mula belajar kemas mainan.

Saya pernah ada kes anak lewat bercakap, mak ayah dengan bangganya beritahu:

“Anak saya baik, tak pernah buat sepah, conteng dinding dan boleh dengar kata cuma masalah bercakap”

Bila dah buat terapi, deria-deria anak sudah “dibangunkan” barulah mak ayah tersebut tahu yang dia tidak lari dari masalah rumah bersepah dan biasanya saya akan pesan awal-awal untuk lakukan persediaan. Bila mak ayah layankan sepahan anak, tiba-tiba semua komponen perkembangan anak meningkat.

Tapi sepah-sepah juga, jangan abaikan keselamatan keselamatan dan kebersihan. ⚠️ Mohon:

1. Elakkan beri anak main tali yang 12 inci ke atas untuk elak anak terjerut. ⛔

2. Untuk anak yang masih masukkan benda dalam mulut, jangan beri anak main mainan yang lebih kecil dari saiz mulutnya. Boleh cuba masukkan dalam ruang silinder bekas tisu tandas. 🚫

3. Belon atau bekas plastik, jangan beri anak main tanpa pantauan. Simpan di tempat yang anak tak boleh capai sebab sudah banyak kes anak tercekik ataupun lemas disebabkan ini. 👶

4. Pisau, cecair pencuci, bahan api atau mudah terbakar mohon sorokkan dari pandangan anak. Letak di kabinet berkunci.

5. Bedak talkum sebenarnya bahaya untuk anak, ramai pakar kanak-kanak tak sarankan anak guna bedak talkum sebab risau habuk-habuk bedak masuk dalam saluran penafasan anak dan boleh buat penafasan tersekat dan risiko kanser paru-paru. ⚠️

6. Jangan beri anak main lidi, kayu panjang, straw ataupun apa-apa yang panjang dan tajam tanpa pantauan. Risiko tercucuk mata atau anak letak. Dulu pernah jiran saya tercucuk anak tekak sebab menyanyi dan buat mikrofon guna lidi. Seriau! 😨

7. Pastikan balkoni atau tingkap sentiasa tertutup jika tidak ada gril. 🏢

Tapi itulah, bila nak cerita bahaya. Anak main selimut pun bahaya. Anak-anak pun panjang akal, ada sahaja projeknya. Maka, jalan terbaik adalah usaha dahulu, tawakal kemudian.

Sebab itu, saya tak pernah judge rumah orang bersepah. Sebab rumah saya pun selalu bersepah! Bila ada orang nak datang, kelam kabut kemas. Bila rumah terkemas, tak ada pula orang nak datang. Masalah mak anak kecil seantero dunia. 😂

Buat yang baru Follow page saya:

Hai, saya Maryam Jamadi. 👋
Seorang terapis cara kerja kanak-kanak (Pediatric Occupational Therapist) dan ibu anak 2. Mempunyai 2 pusat terapi (BEYOND Home Therapy) di Selayang dan Johor Bahru.

Orang yang Follow saya memang tergolong dalam golongan orang yang suka membaca sebab post saya selalu panjang-panjang bila berkaitan cerita tentang perkembangan, parenting dan anak-anak.

Terima kasih, semoga bermanfaat.

Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home Therapy Selayang & JB

*Dipetik daripada perkongsian asal oleh Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×