Rakyat

“Good Job!”- Pemuda India Dapat Pujian Bantu Wanita Melayu Bersalin Di Batu Caves

339
SHARES

Malaysia kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa namun hal ini tidak menghalang kita untuk saling tolong menolong antara satu sama lain jika dalam kesusahan. Hal ini dapat disamakan dengan kisah yang tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai kerana sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh pemuda berbangsa India itu. Meskipun berlainan agama, ia tidak menghalang mereka untuk berbuat baik terhadap wanita melayu ini. Sangat berjiwa bangsa!

Baca juga: “Tahniah, Memang Layak…”- APM Beri ‘Abang Viva’ Sijil Adiwira Prihatin Musibah

PEMUDA INDIA DAPAT PUJIAN BANTU WANITA MELAYU BERSALIN

Menurut hantaran yang dimuat naik oleh LK Savantharaja, ketika berada di Batu Caves pada pagi semalam untuk menyambut Thaipusam, mereka dikejutkan dengan bunyi wanita melayu meminta pertolongan dan kereta tersebut berada di luar kuil.

Tadi , saya dan beberapa orang penganut yang datang solat di Kuil Sri Subramaniyar Batu Caves ternampak seorang kakak menjerit meminta tolong di sebelah sebuah kereta (luar kuil), terus berlari menghampiri kereta tersebut. Kami ternampak seorang kakak melayu yang ingin bersalin di dalam kereta dia.

Saya dan beberapa orang wanita di situ terus menutup cermin kereta dengan pakaian (vesthi) yang diberikan oleh saudara kita yang berjalan ke Kuil bersama Paal Kudam untuk menunaikan nazar mereka.

Jelasnya juga, pada sekitar jam 7.24 pagi bayi tersebut selamat dilahirkan dan lebih menggembirakan LK Savantharaja berjaya mencari pisau serta memotong tali pusat bayi berkenaan. Bagusnya !

Semasa bayi keluar, beberapa kali saya memberitahu ”Kak, awak dan bayi awak selamat”. Terasa sangat gembira selepas wanita itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik (masa sekitar 7:24am).

Saya sangat gembira kerana berjaya memberi pisau untuk memotong tali pusat bayi tersebut. Semua yang datang menghulurkan bantuan mendoakan ibu dan baby. Ambulans sampai tepat selepas baby keluar. Sebelum pergi hospital, saya selfie dengan ayah baby (untuk ingatan).

“THIS IS TRULLY MALAYSIAN!”

Hantaran tersebut sudah tentunya menerima reaksi positif warganet yang turut gembira melihat keakraban rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan juga agama.

Sumber: Facebook LK Savantharaja

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×