Sihat

Rupa-Rupanya Boleh Rawat Sakit Gigi Guna 2 Bahan & Guna Teknik Urut Alternatif!

1.5K
SHARES

Sakit gigi adalah gejala yang tidak asing lagi untuk setiap peringkat umur. Apabila mengalami sakit gigi, segala kerja akan terbantut kerana sakitnya yang azab. Tapi, bagaimana caranya untuk kurangkan sakit gigi? Perkara pertama yang akan terlintas ialah berjumpa dengan doktor gigi. Namun ramai yang takut untuk berjumpa doktor gigi, dan lebih memilih untuk mengubatinya sendiri. Jadi, ini antara cara rawat sakit gigi dengan mudah ketika di rumah.

GARAM & CENGKIH KURANGKAN SAKIT GIGI

Boleh gunakan garam ni masa berus gigi atau buat larutan garam+cengkih untuk kumur. Cengkih tu gigit & biarkan je kat gigi yang sakit. Saya kunyah jer cengkih ni lepas tu. Ikut korang ler nak ludah ke telan cengkih ni lepas minyak patinya tu habis.

Dah seminggu tak sempat nak jenguk fb.. Sibuk dengan macam-macam urusan, nak-nak sebelum krismas haritu lagi dah sakit gigi pula. Bahana makan manis, dah terpaksa cabut gigi. Selama ni saya memang jarang makan manis, nak dijadikan asbab..lepas makan beberapa keping biskut halia super manis terus kena sakit gigi. Hari Rabu 18/12 lagi dah start sakit gigi, tapi sebabkan saya kumur dengan air garam+cengkih (lepas kumur, gigit cengkih & letak pada gigi yang sakit) 2-3x sehari, Alhamdulillah sakit gigi terasa kurang. Time sakit gigi tu, saya memang elakkan makanan/minuman manis supaya tak trigger lagi rasa sakit & burukkan keadaan. Nak-nak kandungan gula yang tinggi memang la tambahkan keradangan.

Sebabkan dah tak sakit gigi, gatal la pula pergi minum nescafe tin hari Sabtu 21hb tu. Lepas minum tu, haa amek.. Sakit gigi berdenyut-denyut sampai bengkak gusi. Masa Fydh sakit gigi dulu, doktor gigi pernah cakap tak boleh cabut gigi masa gusi bengkak sebab nanti bius tak berkesan. Kena bagi ubat surut bengkak dulu, bila dah surut kena datang balik untuk cabut pula.

Since saya ni jenis malas nak ulang-alik banyak kali ke klinik gigi. So, tiap kali rasa sakit jer, saya kumur air garam (sejuk)+gigit cengkih untuk kurangkan rasa sakit & surutkan bengkak gusi. Selain tu saya urut juga refleks point untuk gigi geraham bongsu. Saya amalkan jugak bacaan doa-doa untuk sakit gigi. Alhamdulillah, dengan izin Allah bengkak gusi dah surut pun pagi Ahad.

AKAR GIGI GERAHAM ROSAK

Larutan garam ni saya buat pekat sikit sebab nak campur ais. Bila dah sakit sangat tak sempat dah nak tunggu sejuk dulu..

Tapi sebabkan saya taknak hadap sakit gigi di masa-masa akan datang, so saya gi klinik gigi juga pagi tu. Bila doktor gigi check, sebenarnya akar gigi geraham dah lama rosak, tapi tak nampak berlubang pun dari atas sebab lubang jadi kat celah-celah gigi geraham & dari bawah. Nak cabut gigi geraham bongsu ni perlu buat minor operation pula tu.

Sebenarnya saya agak risau kalau-kalau gusi bengkak teruk lepas buat minor operation. Sebabnya Rabu (25hb) tu ada kenduri tahlil untuk arwah ayah mertua. Badan saya ni, memang sejenis healing process tu lambat dari orang. Nak-nak bila luka ni memang amek masa lama.. Huhuu.. Dalam hati, tak henti-henti baca doa Sayyidatina Fatimah & doa mintak agar dipermudahkan urusan. Masa doktor grab gigi kuat sikit, gigi geraham tu mula patah-patah & hancur separuh. Sebabkan gigi dah patah, lebih senang doktor nak grab gunakan dental forcep & syukur alhamdulillah, gigi geraham bongsu saya boleh dicabut dengan mudah sangat. Tak payah buat minor operation. Tak sampai 10 min pun kat dalam bilik doktor gigi tu (termasuk masa bius & waktu menunggu).

Sebabkan lepas cabut gigi tak boleh berkumur, saya hanya urut refleks point untuk gigi geraham bongsu (pada jari kelingking) untuk kurangkan pendarahan. Alhamdulillah, darah pun tak banyak sangat & tak perlu asyik nak tukar kapas jer.. Sekarang ni walaupun kadang-kadang masih terasa sakit (bila makanan termasuk kat bahagian berlubang) & kelenjar bawah rahang pun masih bengkak, saya cuma picit refleks point & kumur air garam+cengkih jer.

TIPS EXTRA UNTUK SAKIT GIGI

Tip cara lihat carta: Sentiasa bayangkan anda melihat orang lain dihadapan (sebelah kiri tubuhnya berada di bahagian kanan anda).

1.Simpan garam bersama cengkih dalam 1 bekas. Lama-kelamaan garam akan mencair/lembap & dalam masa yang sama akan meresap aroma dari cengkih. Garam & minyak esen dari cengkih elok sangat untuk antibakteria & antiradang gak. Kalau nak tau, cengkih ni berfungsi sebagai anesthetic yang boleh kurangkan sakit gak tau.

2.Gunakan garam ni untuk gosok gigi (boleh dicampur bersama ubat gigi).

3.Larutkan campuran garam & cengkih dalam air panas (sebaik²nya masak atas dapur supaya minyak esen dari cengkih melarut dalam air). Biarkan suam & jadikan air kumur. Gigit cengkih & letakkan pada gigi yang sakit. Buatlah dalam kuantiti yang banyak sikit (untuk kumur 3-4x untuk sehari).

4,Jika sakit gigi & gusi mulai bengkak, boleh campurkan ais sikit dalam larutan garam yang dah suam/sejuk tadi. Tapi pastikan air garam tu pekat sikitla. Kang dah campur ais jadi cair pulak. Atau nak lagi senang, letak jer air garam ni dalam fridge, keluarkan bila nak guna. Garam & minyak esen dari cengkih kurangkan sakit gigi. Suhu air yang sejuk lak bantu kurangkan bengkak gusi.

5.Boleh juga gigit & kemam bawang putih pada gigi yang sakit (cara ni tak sesuai bagi orang yang alami masalah darah cair sebab bawang putih mengandungi bahan yang bertindak cairkan darah apetah lagi perlu diulang beberapa kali dalam sehari). Saya tak buat cara ni sebab tak suka sangat rasa bawang putih. Hehe

6.Picit refleks point gigi yang sakit pada jari. Boleh rujuk carta gigi–jari dalam post saya sebelum ni.

7.Picit nodus limfa pada bahagian bawah rahang/dagu jika ada bengkak.

8.Picit refleks point ‘pituitari’ pada ibu jari tangan/kaki untuk rangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan. Picit refleks point hegu 2-3 minit untuk kuatkan sistem imun, kurangkan angin, keluarkan haba panas (radang) terutama untuk bahagian kepala & organ pada muka (termasuk mata, hidung, gigi, mulut, telinga).

*WANITA HAMIL TAK DIBENARKAN GUNAKAN POINT INI TERUTAMA BAGI WANITA YANG ALAMI MASALAH RAHIM TAK KUAT kerana boleh rangsang pengecutan rahim.

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×