40 Minggu

Aktif Menendang Dalam Perut, Ini 9 Perkara Bayi Cuba Beritahu Mama

6.9K
SHARES

“Bukan main aktif lagi baby dalam perut ni. Dari tadi asyik menendang. Apa agaknya yang kamu cuba beritahu Mama?”

Merasa tendangan bayi dalam kandungan adalah antara perasaan yang begitu indah dan sukar digambarkan oleh seorang wanita yang bakal bergelar ibu.

Biasanya tendangan bayi dalam kandungan ini dapat mula dirasakan oleh ibu pada usia kehamilan 24 minggu. Namun sesetengah wanita mungkin dapat merasakannya lebih awal, terutamanya wanita yang pernah mengandung sebelum ini.

Pernahkah anda terfikir kenapa bayi menendang dan adakah mungkin memberi reaksi terhadap apa yang kita lakukan?

Aktif Menendang Dalam Perut, Ini 9 Perkara Bayi Cuba Beritahu Mama

1. “Saya sihat”

Apabila usia kandungan mencapai usia 24 minggu, jururawat akan memberi tugasan kepada Mama untuk mengira gerakan bayi setiap hari. Ini kerana ia merupakan petanda aras yang penting dalam menentukan kesihatan bayi.

Penting untuk Mama mengetahui apakah corak tendangan bayi yang normal setiap hari. Umumnya bayi yang lebih sihat adalah bayi yang aktif bergerak. Namun jangan pula risau jika bayi anda kurang bergerak berbanding kandungan orang lain. Sifat bayi adalah unik dan mereka bergerak mengikut cara mereka yang tersendiri.

2.  “Mama pun OK”

Selain kesihatan bayi, keaktifan bayi dalam kandungan juga boleh menjadi petanda kesihatan Mama. Sekiranya Mama terlalu penat atau stres, corak gerakan bayi dalam kandungan mungkin akan terganggu dan selalunya berkurang.

Begitu juga jika Mama tak sihat, tak berselera makan, atau kurang berehat.

hamil anak kedua

Foto Kredit: healthline.com

3. “Bisingnya…!”

Menurut HealthLine.com, bayi dalam kandungan sudah dapat mendengar sekitar usia 18-24 minggu. Bayi amat sensitif terhadap bunyi-bunyian tertentu yang mungkin kita sendiri tak perasan.

Selalunya, bunyi bising boleh mencetuskan reaksi pergerakan dan tendangan bayi dalam kandungan. Ada bayi yang sukakannya, atau ada juga yang berasa sedikit takut dengan bunyi tersebut.

Foto Kredit: Buzzfeed.com

4. “Saya nampak cahaya!”

Walaupun kelopak mata bayi masih tertutup, bayi dalam kandungan sebenarnya sudah dapat melihat cahaya yang tersaring dari luar perut ibu, seperti yang dinyatakan dalam BabyCenter.com.

Anda boleh cuba menghalakan lampu suluh ke arah perut anda sekitar minggu ke-22. Dalam beberapa ketika, anda mungkin akan merasakan sedikit tendangan atau gerakan halus sebagai reaksi terhadap cahaya itu!

Keguguran kandungan

Foto Kredit: Screengrab dari YouTube

5. “Pedasnya makanan yang Mama makan”

Bila kita ‘makan untuk 2 orang’, apa yang Mama makan tentu sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Menurut BabyGaga.com, makanan pedas terutamanya boleh membuat bayi anda memberi reaksi terhadap makanan tersebut. Dan reaksi ini lazimnya adalah dalam bentuk tendangan.

http://discovermagazine.com/

6. “Saya suka dengar suara Mama & Papa”

Tendangan bayi yang paling membuat Mama dan Papa teruja pastinya apabila bayi memberi tindakbalas ketika anda bercakap atau berbual dengannya. Ia seolah-olah berbicara dengan Mama dan Papa, kan?

Tidak dinafikan lagi, bercakap dengan bayi dalam kandungan memang banyak manfaatnya. Suara inilah yang akan membuat bayi berasa selamat dan senang. Bahkan, ketika lahir nanti bayi sebenarnya sudahpun mengenali intonasi suara Mama!

Foto Kredit: netdoctor.co.uk

7. “Saya tengah bersenam macam Mama”

Senaman ketika hamil amat digalakkan, namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati. Tahukah anda, apabila degupan jantung ibu meningkat setelah melakukan senaman, kemungkinan besar bayi juga akan memberi respon terhadap aktiviti ini.

Seolah-olah mengajak Mama bersenam bersama, bayi juga akan menendang, berpusing, menumbuk, dan bergerak-gerak di dalam perut. Setelah Mama cool down dan berehat, bayi juga akan berehat.

Senam Ibu Hamil

Foto Kredit: mommi.com

8. “Makanan buat saya aktif”

Perasan tak, selepas anda makan, terutamanya makanan yang manis atau sejuk, bayi juga akan mula aktif menendang.

Kadang-kadang masa mengandung memang teringin nak makan macam-macam, tapi kena beringat juga ya. Seeloknya pilihlah alternatif snek yang lebih sihat seperti buah-buahan dan kekacang.

makan coklat ketika mengandung

Foto Kredit: babbyy.com

9. “Mama mesti bersedia untuk berjaga malam”

Kebanyakan bayi memang suka ‘berparti’ dalam perut Mama pada waktu malam. Waktu kegemaran mereka biasanya adalah jam 9 malam hingga 1 tengah malam.

Ada pendapat yang mengaitkannya dengan penurunan paras gula dalam tubuh Mama pada waktu tersebut. Namun, ada juga  pendapat yang mengatakan bahawa ia adalah sebagai persediaan buat ibu untuk berjaga malam apabila bayi lahir. Tak adalah jadi ‘zombie’ sangat nanti!

Respon Ibu Buat Bayi Bahagia

Tendangan bayi dalam kandungan menjadi sebahagian daripada episod kehamilan yang sangat mengujakan buat Mama. Ia seolah-olah menghubungkan 2 insan ini secara telepati, tanpa mendengar suara dan tanpa melihat wajah. Ia menguatkan kecintaan Mama terhadap bayi walaupun ia masih belum dilahirkan ke dunia.

Apabila bayi menendang, biasanya ibu akan merespon dengan bercakap dengannya dan mengusap-usap perutnya. Begitulah indahnya hubungan yang tidak bersempadan ini!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×