Rakyat

Gelombang Baharu Covid-19 Dijangka Berlaku Lebih Awal- KJ

2
SHARES

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan gelombang baharu Covid-19 di negara ini berkemungkinan akan berlaku lebih awal berbanding tempoh sebenar iaitu antara dua atau tiga bulan.

Jelasnya, pengumuman itu bukan bertujuan untuk menimbulkan rasa panik tetapi diharapkan agar sentiasa mengambil pencegahan yang perlu dilakukan dalam semua pihak.

Baca juga: Ibu Dijangkiti Covid-19 Boleh ‘Breastfeeding’ Bayi, Ini Penjelasan Doktor

GELOMBANG BAHARU COVID-19 DIJANGKA BERLAKU LEBIH AWAL

Ujarnya, hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes kecuali beberapa negeri seperti Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan yang menunjukkan penurunan, lapor Harian Metro.

“Pengalaman yang kita lihat di negara lain di mana mereka juga berdepan gelombang jangkitan dari semasa ke semasa. Tujuan saya menyatakan ini adalah untuk memberi bayangan bahawa gelombang itu akan datang lebih awal lagi berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat, walaupun kadar kematian, kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini terkawal atau pada paras rendah,” katanya.

Perkara ini (gelombang kedua) berdasarkan peningkatan kepada lebih 2,000 kes dilaporkan dalam negara sejak tempoh tiga hari kebelakangan ini dengan dua kluster baharu yang membimbangkan iaitu kluster pendidikan dan pengajian tinggi.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×