Euforia Bola 2026
Rakyat

“Gempa Bumi Ke?”- Sofa Goyang…Gegaran Beberapa Saat Di Batu Pahat, Selangor, KL & Melaka Buat Ramai Cuak!

gempa bumi

Gegaran yang berlaku beberapa saat petang tadi mengejutkan orang ramai di beberapa kawasan apabila sofa dirasakan bergoyang dan televisyen pula dilihat bergerak. Keadaan itu dipercayai susulan gempa bumi yang direkodkan di Perairan Batu Pahat, Johor.

Menerusi perkongsian di media sosial, orang ramai dari Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Melaka mendakwa merasai gegaran sekitar jam 4.50 hingga 4.57 petang.

Baca juga: Ini 14 Kawasan ‘Hotspot’ Gempa Bumi Di Malaysia Yang Dikenal Pasti, Pemaju Perlu Beri Perhatian!

ORANG RAMAI KONGSI RASAI GEGARAN KEMUNGKINAN SUSULAN GEMPA BUMI

gempa bumi

Gambar hiasan: Gemini AI

Melalui laporan berita tempatan, seorang pengguna Threads, Fatihahazanan92 berkata, dia terkejut apabila merasai gegaran namun tiada sebarang amaran diterima.

“Itulah terkejut ingat apa benda, kuat tapi tiada terima ‘alarm’ gempa bumi berdekatan pun,” katanya.

Gempa bumi bermagnitud 4.4 direkodkan

Sebelum itu, gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 direkodkan di Perairan Batu Pahat pada jam 4.55 petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Pusat gempa dilaporkan berada pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, kira-kira 27 kilometer barat daya dari Batu Pahat, Johor.

Gegaran susulan kejadian itu dilaporkan dirasai di Batu Pahat dan kawasan sekitar.

Baca juga: Tidak Seperti Subuh Biasa, 5 Penduduk Segamat Tampil Ceritakan Detik Cemas Pertama Kali Berdepan Gempa Bumi!

gempa bumi

Hantaran oleh Facebook MetMalaysia pada petang tadi.

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika merasai gegaran berkenaan.

Pengguna Threads syahatulmohdtaha berkata, dia berasa seolah-olah ditolak ketika sedang duduk di sofa.

“Rasa macam ada gempa bumi, tengah duduk di sofa macam ada orang tolak.

“Televisyen dekat kabinet pun bergerak dalam dua saat. ALLAH jauhkan lah bencana teruk di kawasan Kuala Lumpur,” ujarnya.

Sementara itu, Nursabrina.hamdan mendakwa turut merasai pergerakan selama beberapa saat sekitar jam 4.57 petang di Puchong Utama.

“Gempa bumi ke? Rasa kiri kanan sekejap beberapa saat, kawasan Puchong Utama,” kongsinya.

Di Muar pula, pengguna Threads Jengkolubi88 mempersoalkan sama ada gegaran yang dirasainya sekitar jam 4.55 petang mempunyai kaitan dengan gempa bumi.

“Ada gempa bumi ke? Jam 4. 55 petang tadi ada gegaran kat Muar ini, rasa tak?” soalnya.

Pengguna lain, rozymsaleh turut berkongsi pengalamannya ketika berada di Tanjung Minyak, Melaka antara jam 4.50 hingga 4.55 petang.

“Tengah lepak kat sofa tiba-tiba rasa gegaran tetapi sekejap sahaja. Ada gempa bumi kat mana-mana ke?

“Nak kata jet lalu tiada pula,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis oleh SirapLimau, belum ada sebarang kenyataan rasmi terkini daripada pihak MetMalaysia berkaitan gegaran yang dilaporkan orang ramai di beberapa lokasi berkenaan.

Maklumat akan dikemas kini sekiranya terdapat perkembangan atau makluman rasmi lanjut daripada pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×