Famili

Gayakan Jam Tangan Tissot T-Race Marc Marquez Ini Untuk Bangkitkan Mood Sporty Anda!

9.6K
SHARES

Jam tangan adalah salah satu aksesori yang wajib dimiliki bagi kebanyakan orang, tak kiralah lelaki atau wanita. Bukan sahaja dianggap simbolik sebagai orang yang menepati masa, jam tangan juga menggambarkan personaliti dan gaya seseorang.

Sebagai seorang personaliti dalam bidang sukan perlumbaan, Marc Marquez telah dipilih sebagai duta bagi koleksi jam tangan terbaru Tissot iaitu Tissot T-Race Marc Marquez. 

Jam tangan ini adalah design baru yang menerapkan elemen sporty sebagai penghormatan untuk meraikan Marc Marquez sebagai duta baru Tissot. Kalau anda nak tahu, Marc Marquez merupakan juara termuda di dalam acara MotoGP ™ sebanyak empat kali tau!

Banyak ciri rekaan menarik yang ada pada jam tangan ini. Mesti ia bakal membuatkan anda tak sabar untuk menjadi pemilik jam tangan keluaran Tissot kali ini.

Simbolik kualiti hebat dalam bidang perlumbaan

Marc Marquez adalah nama yang tidak asing lagi di dalam bidang perlumbaan MotoGP kerana sejak pembabitan dirinya dalam bidang ini, Marc Marquez telah menunjukkan prestasi cemerlang! Selain menjadi juara dunia bagi perlumbaan di MotoGP™ sebanyak empat kali, beliau juga pernah menjadi juara dunia bagi 125cc dan Moto2. Hebat!

Antara ciri rekaan Tissot T-Race Mark Marquez yang menggambarkan Marquez, adalah case yang dikelilingi fibreglass ring dan tyre tread sebagai simbol kelajuan dan adrenalin di trek perlumbaan manakala brake-disc bezel dan bracelet menggambarkan suit para pelumba MotoGP™. Cool!

Ciri-ciri hebat pada Tissot T-Race Marc Marquez

Setiap details yang ada pada jam tangan ini juga menceritakan personaliti diri Marc Marquez sebagai seorang pelumba hebat. Ini adalah sebab kenapa jam tangan edisi Tissot T-Race Marc Marquez ini istimewa dan sangat sesuai untuk anda yang sukakan gaya sporty.

  • Dihasilkan di Swiss
  • Quartz Movement
  • Diperbuat daripada kristal Sapphire yang tahan calar
  • Kalis tekanan air yang bersamaan dengan 10 bar keluli tahan karat
  • Case 316L keluli tahan karat dengan salutan PVD kelabu dan hitam
  • Silk printed glass case
  • Tali getah dengan butiran sintetik standard buckle
  • Diameter 43mm-47.60mm

Diilhamkan oleh motosikal, jam tangan Tissot T-Race Marc Marquez ini juga digabungkan dengan rekaan athletic body Tissot T-Race Edisi Terhad 2018 untuk menyerlahkan lagi ciri sporty pada jam ini!

Jam tangan edisi terhad dengan logo Marc Marquez yang istimewa

Yang istimewanya, jam tangan Tissot T-Race Marc Marquez ini adalah limited kepada 4999 utas sahaja dan mempunyai logo Marc Marquez di bahagian glass caseback nya! Haa..anda tak nak ke jadi antara yang terawal memiliki jam edisi terhad ini?

Bukan itu sahaja, jam ini turut diletakkan di dalam presentation box yang berbentuk helmet yang diinspirasikan daripada helmet  Marc Marquez! Stylish dan istimewa betulkan..

Mesti anda tak sabar nak jadikan jam tangan ini sebagai koleksi. Buat makluman anda, Tissot T-Race Marz Marquez ini hanya boleh didapati pada bulan Oktober ini. Nantikan kemunculannya okay!

Jadi, jika anda adalah peminat  MotoGP™ dan Marc Marquez, jam tangan Tissot T-Race Marc Marquez ini perlu ada dalam koleksi anda! Jom lawati website rasmi Tissot sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×