Nur

Garis Panduan Solat Tarawih, Solat Jumaat & Solat Sunat Aidilfitri Di Zon Hijau Semasa PKPB

25
SHARES

Semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan garis panduan pelaksanaan Solat Jumaat, Solat Berjemaah, Solat Tarawih dan Solat Sunat Aidilfitri di masjid, surau jumaat dan surau-surau terpilih di zon hijau, wilayah-wilayah persekutuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

BERAPA BILANGAN JEMAAH DIBERNARKAN?

Ramai yang tertanya-tanya berapakah had untuk jemaah berada dalam masjid bagi menunaikan solat. Bagi Solat Sunat Tarawih dan Solat Aidilfitri, dihadkan antara 3 hingga 30 orang sahaja yang terdiri daripada pegawai, kakitangan dan ahli jawatankuasa serta anak kariah yang berdaftar.

Bukan itu sahaja, setiap jemaah perlu mengambil wuduk di rumah terdahulu dan pemakaian face mask dan guna hand sanitizer adalah diwajibkan.

KAWAL KEMASUKAN ORANG

Penting juga untuk pihak pengurusan masjid memantau dan mengawal dengan ketat kemasukan para jemaah yang dibenarkan sahaja. Menjadi tanggungjawab kita juga untuk tidak berpeluk dan bersalaman sepanjang berada dalam kawasan masjid atau surau untuk mengelakkan penularan wabak dari berleluasa.

Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai 15 Mei dan kebenaran pembukaan masjid adalah bagi surau dan masjid terpilih di zone hijau untuk perlaksanaan Solat Jumaat, solat berjemaah, Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Aidilfitri.

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×