Famili

Gara-Gara Taknak Cucuk Vaksin, Si Lelaki Sanggup Batal Kahwin

11
SHARES

Seorang lelaki di Indonesia bertindak membatalkan perkahwinannya bersama teman wanita kerana enggan menerima suntikan vaksin Covid-19. Menerusi laman Twitter milik putra, dia dan bekas teman wanitanya itu sudah menjalin cinta selama dua tahun namun terpaksa putus di tengah jalan.

Baca juga: Dilahirkan Kembar Siam Tapi Miliki 4 Kaki, 4 Tangan & 2 Kepala. Ajaib!

GARA-GARA TAKNAK CUCUK VAKSIN, SI LELAKI SANGGUP BATAL KAHWIN

Lebih mengejutkan apabila selepas beberapa bulan Putra dan bekas teman wanitanya berpisah, dia menerima undangan perkahwinan daripada bekas kekasihnya itu.

“Gara-gara tidak mahu divaksin, rancangan kami untuk berkahwin terpaksa dibatalkan walaupun sudah bercinta selama dua tahun.

“Katanya (bekas kekasih), kalau tidak mahu divaksin, kami tidak boleh berkahwin. Selepas beberapa bulan berpisah, dia mengirim undangan perkahwinan,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Perkongsian Putra itu mendapat pelbagai reaksi wargaent dan ada di antara mereka yang menyokong dan membantah tindakannya itu. Lelaki berusia 32 tahun itu lebih rela memilih untuk ‘melepaskan’ kekasihnya supaya dia dapat berkahwin dengan jejaka lain.

Sumber: Wolipop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×