Famili

Gara-Gara Enggan Cuci Akuarium, Isteri Goreng Ikan Arowana Dibela Suami!

3.1K
SHARES

Memelihara haiwan peliharaan yang comel di rumah sudah pasti menjadi pilihan pencinta haiwan. Ada yang memilih untuk memelihara haiwan mengikut bajet rendah dan ada juga yang bajet lebih tinggi. Salah satu haiwan peliharaan eksklusif adalah ikan arowana. Berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan ini apabila ikan arowana yang boleh mencecah harga jualan ribuan ringgit, dimasak oleh isteri!

Baca juga: Bibik Oh Bibik! Tak Potong Kuku Ayam Dulu Ke Sebelum Masak?

ENGGAN CUCI AKUARIUM, GORENG IKAN AROWANA SUAMI

Tindakan seorang suami yang enggan mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir padah apabila si isteri kemudian menggoreng ikan-ikan tersebut, lapor laman Suara.com.

Menurut satu hantaran di akaun TikTok milik @miakurniawan10, wanita itu berbuat demikian kerana geram dengan perangai suaminya. Wanita tersebut meminta suaminya untuk membersihkan akuarium itu yang sudah terlalu kotor, namun arahannya itu tidak dipedulikan lelaki tersebut.

Oleh kerana tidak tahan melihat akuarium itu yang sudah terlalu kotor, dia kemudian membersihkannya sendiri. Namun begitu, si isteri tidak tahu cara yang tepat untuk melakukannya dan telah menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi mabuk.

“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri.

“Tetapi ikannya menjadi mabuk,” demikian keterangan yang ditulis wanita itu pada foto ikan tersebut.

@miakurniawan01 goreng arwana😁#fyp ♬ Singkong & Keju Cover – akhmal.dniel

Oleh yang demikian, wanita itu pun membuat keputusan untuk menggoreng ikan-ikan tersebut. Dia bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah digoreng.

‘TAK SILAP IKAN NI BOLEH BELI LAMBORGHINI’

Video tersebut sudah ditonton lebih 7 juta kali dengan 193 ribu tanda suka, malah warganet turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Sumber: Tiktok @miakurniawan10

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×