Famili

Gamuda Land Buat STARS of Eid Live Concert Di 4 Lokasi Sempena Hari Raya, Jom Pergi Seisi Keluarga!

14
SHARES

Selepas sebulan menjalani ibadah puasa, kita akan menyambut kedatangan Syawal pula. Tidak kira anda beraya di bandar atau kampung halaman, kemeriahan lebaran lebih terasa apabila semua ahli keluarga berkumpul.

Selain ziarah-menziarahi, pasti anda sedang memikirkan aktiviti lain yang menarik untuk dibuat sepanjang raya. Kami bercadang untuk pergi ke konsert STARS of Eid Live dianjurkan oleh Gamuda Land raya ni. Jom!

Ceriakan Syawal bersama keluarga di Konsert STARS of Eid Live oleh Gamuda Land!

Hari Rayalah waktu untuk kita berseronok. Jadi, kami mahu mengajak anda sekeluarga memeriahkan konsert Gamuda Land sempena Syawal ini. Ia akan diadakan di empat perbandaran Gamuda Land pada tarikh berbeza sepanjang raya.

Ramai artis terkenal akan buat persembahan nanti. Rugi kalau anda tidak pergi kerana konsert ini percuma untuk semua orang. Alang-alang waktu raya, bolehlah pakat dengan keluarga dan saudara-mara pergi beramai-ramai.

Siapakah artis yang bakal turun padang di konsert istimewa oleh Gamuda Land? Ini dia..

Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Ning Baizura & Shiha Zikir, ratu rock negara, Ella juga ada!

Alahai, seronoknya! Bukan setakat Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Ning Baizura dan Shiha Zikir yang akan hadir di Konsert STARS of Eid Live Gamuda Land. Siap ada ratu rock negara, Ella. Pasti ramai datang!

Di sini kami kongsikan empat lokasi Konsert STARS of Eid Live Gamuda Land bersama tarikhnya. Jangan lupa datang ya!

  • Gamuda Cove Experience Gallery (6 Mei 2023, 5 petang hingga 9 malam)

Dayang Nurfaizah, penyanyi dengan suara indah dan mempesona ini akan buat persembahan di Gamuda Cove pada 6 Mei 2023. Barisan penyampai radio HotFM juga ada. Jangan lupa beramah mesra dengan mereka.

Aneka hidangan raya juga disediakan secara percuma untuk anda nikmati. Bukan itu saja. Ada cabutan bertuah, permainan istimewa dan tawaran tiket ekslusif ke SplashMania. Seronok!

  • Gamuda Gardens Experience Gallery (14 Mei 2023, 12 tengah hari hingga 9 malam)

Peminat Faizal Tahir dan Shiha Zikir mana? Cuba angkat tangan sikit. Jangan lepaskan peluang menonton persembahan istimewa mereka di Gamuda Gardens pada 14 Mei 2023. Gandingan yang cukup hebat!

Raya anda sekeluarga tahun ini tidak akan bosan dengan aktiviti menarik di sini. Anda juga boleh memeriahkan suasana hari terbuka Xploria, bazar raya dan petting zoo. Yay!

  • twentyfive7 Experience Gallery (20 Mei 2023, 9 pagi hingga 6 petang)

Siapa yang tidak kenal dengan Ning Baizura? Semua kenal! Penyanyi yang bersuara soprano ini akan datang buat persembahan di twentyfive7 pada 20 Mei 2023. Shiha Zikir juga turut hadir!

Pelbagai aktiviti dan permainan eco-friendly bertemakan wetlands untuk anda sekeluarga berseronok. Antaranya cardboard puzzle untuk flora fauna di event, bengkel mesra alam sekitar seperti cara tanam cendawan dan sayur sendiri, cara penyediaan pemakanan sihat dan pameran perabot diperbuat daripada kadbod. Best!

  • Jade Hills Experience Gallery (21 Mei 2023, 5 petang hingga 9 malam)

Selain Shiha Zikir, ada seorang artis terkemuka akan datang ke Jade Hills pada 21 Mei 2023. Siapakah dia? Semestinya ratu rock negara, Ella! Bukan senang dapat tonton Ella buat persembahan. Memang rezeki!

Anda juga akan dihiburkan dengan tarian Funky Fresh yang menarik. Siap ada bazar Food Truck raya. Banyak makanan untuk korang nikmati sepuasnya. Pelbagai tawaran eksklusif juga menanti!

Jom pelajari tentang urusan hartanah bersama Ahyat Ishak

Berminat untuk mempelajari urusan hartanah? Kami ada berita menarik. Pelabur hartanah terkenal, Ahyat Ishak akan turut hadir di keempat-empat lokasi STARS of Eid Live Concert Gamuda Land. Inilah peluang anda untuk menimba ilmu!

Cabaran buka peti misteri, hadiah bernilai RM100k menanti anda!

Korang mahu hadiah istimewa? Kenalah singgah Experience Gallery dan sertai cabaran buka peti misteri. Anda perlu mencari peti yang boleh dibuka dalam masa satu minit. Teruja main permainan ni!

Sertai permainan cari ketupat, ada peluang menang duit raya berjumlah sehingga RM10,000!

Selain menang hadiah istimewa, anda juga berpeluang menang duit raya berjumlah sehingga RM10,000. Terkejut bukan? Anda hanya perlu sertai permainan ‘SPOT HIDDEN KETUPAT’. Klik SINI untuk mula mencari ketupat!

Jika anda antara 10 orang pemain yang terpantas untuk mencari ketupat, anda berpeluang menang RM1,000 setiap seorang. Syoknya dapat duit raya!

Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti anda sekeluarga di konsert istimewa oleh Gamuda Land. Raya nanti ajak keluarga dan kawan-kawan datang memeriahkannya. Barulah ceria Syawal anda!

Untuk info lebih lanjut tentang perkembangan terkini Gamuda Land, anda boleh klik SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×