keselamatan

Gagal Kawal Kemarahan & Rempuh Pagar, Padah Nyawa Anak Hampir Melayang!

59
SHARES

‘Belum tegak hendak berlari’ itulah peribahasa yang sesuai digambarkan terhadap insiden yang berlaku dalam satu rakaman video di negara Iraq ini. Kerana menurutkan hati yang geram, lelaki ini hampir kehilangan anaknya disebabkan emosi dan sikapnya sendiri.

KERANA MARAH ANAK HAMPIR MENJADI KORBAN

Video berdurasi 50 saat ini adalah contoh jika anda lakukan sesuatu dalam keadaan marah dan penuh emosi yang boleh memakan diri. Emosi marah turut memberi impak kepada orang lain jika kita tidak bijak mengawalnya.


Rakaman video tersebut menunjukkan seorang ayah membunyikan hon dan menunggu pembantu rumah membukakan pintu. Pembantu rumahnya ketika itu berada di dalam tandas dan tidak ada sesiapa yang keluar membukakan pagar.


Pada masa ini anak perempuannya meluru untuk membukakan pagar. Si ayah yang emosi tadi menghentam pintu dengan terlalu laju sekaligus melanggar anak perempuannya dengan hentakan yang sangat kuat.


Lelaki itu kemudiannya tersedar dia melanggar anak perempuannya dan berlari memeluk anaknya dengan rasa ralat dan menyesal. Kanak-kanak itu terselamat namun mengalami kejutan serta luka dalaman yang parah.

Daripada video ini kita belajar supaya jangan melakukan sesuatu dengan emosi. Amarah sering membawa kerugian bahkan penderitaan. Jadilah orang yang bijaksana, melihat marah tidak membawa manfaat dan kebaikan jauh sekali boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sumber : KucingGemokChannel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×