Rakyat

Gadis Usia 14 Tahun Disantau Gara-Gara Dapat Nombor 1 Di Sekolah?

6K
SHARES

Bila bercakap soal sihir pasti kita akan mendengar kisah-kisah menyeramkan yang boleh memusnahkan bukan sahaja tubuh badan sendiri, malah seluruh kehidupan orang tersebut. Kerap kali kisah sihir ini terjadi kepada orang dewasa dan jarang sekali membabitkan kanak-kanak atau remaja.

Namun, berbeza dengan kisah yang dikongsikan ini apabila seorang gadis berusia 14 tahun menderita dikatakan akibat perbuatan sihir kerana dicemburui dapat nombor 1 di sekolah.

Baca juga: 11 Jenis Buah Yang Terbaik Untuk Ibu Mengandung, Jangan Tinggal!

DISANTAU GARA-GARA DAPAT NOMBOR 1 DI SEKOLAH?

Menerusi satu perkongsian video di Facebook milik Pratiwi Noviyanthi, Irma, 14 tahun terpaksa mengharungi dugaan disantau yang menyebabkan kesihatannya mula merosot sehingga lumpuh sepenuhnya sekitar tahun lalu.

Pada awalnya, Irma kerap kali berulang-alik ke pusat perubatan kerana mengadu badannya merasa kurang selesa dan keperitan, namun perkara tersebut tidak menimbulkan apa-apa syak wasangka kedua ibu bapanya.

Kemudian, keadaan badan Irma tidak beransur pulih, dan mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan perawat Islam
yang memaklumkan kepada mereka tentang kisah yang sebenar.

BADAN JADI HITAM, RAMBUT MULA GUGUR

Akibat santau yang dihantar kepada Irma, badannya mula menjadi hitam, dan rambut mula gugur sehingga botak, dan Irma cuma boleh tidur selama 30 minit setiap hari.

Selepas disiasat tentang asal usul santau yang dihantar, mereka mendapati bahawa santau tersebut dihantar rakan sekelas yang sebelum ini nombor 1 dalam pelajaran selama 6 tahun berturut-turut, namun rekod tersebut dipecahkan Irma.

Asbab iri hati, individu berkenaan menghantar santau kepada Irma yang kini telah merosakkan hampir 100% kehidupannya.

Irma dalam perkongsian video tersebut dilihat gagal menahan sebak memikirkan mengapa rakannya tergamak menganiaya dirinya.

Saya tak ada salah apa pun. Kenapa awak buat saya sampai macam ini? Saya nak jadi cantik macam dulu.

Berkat diruqyah seorang perawat Islam, keadaan Irma kini beransur pulih berbanding sebelum ini, termasuk tidak lagi berasa panas apabila mendengar ayat Al-Quran.

Sumber: Pratiwi Noviyanthi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×