Famili

6 Filem Bollywood Ini Wajib Ditonton Sempena Deepavali, Layan Sambil Kunyah Muruku!

48
SHARES
filem hindustan

Nampaknya tidak lama lagi rakan-rakan kita yang beragama Hindu akan menyambut perayaan pesta cahaya iaitu Hari Deepavali. Sinonim dengan sambutan Deepavali, pasti ramai dalam kalangan kita juga yang merupakan peminat filem hindustan bukan? Jadi, inilah masanya untuk berehat di rumah sempena cuti umum, makan muruku dan layan filem-filem hindustan terkini yang menjadi kegilaan ramai!

Apakah filem hindustan yang boleh ditonton itu? Ini bukan filem-filem yang menjadi kebiasaan ditayangkan di televisyen ya..

Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Yang di-Pertuan Agong, Pasti Ramai Nak Tahu!

6 FILEM HINDUSTAN WAJIB DITONTON SEMPENA SAMBUTAN DEEPAVALI

1. Mrs Chatterjee vs Norway

filem hindustan

Ini merupakan antara filem terkini yang berkisahkan tentang sepasang pasangan suami isteri dari India yang mempunyai dua orang anak. Pasangan suami isteri yang bernama Sagarika Chatterjee dan Anup Chatterjee berpindah ke Norway kerana tuntutan kerja. Sayangnya, semasa menetap di sana, Sagarika Chatterjee berhadapan dengan masalah perbezaan budaya apabila cara layanan tradisi India dianggap ganas dan tidak menurut undang-undang negara Norway.

Perbuatan yang dianggap salah itu antaranya adalah anak-anaknya makan disuap menggunakan tangan serta anak-anak tidur bersama mak ayah. Tercetus pergaduhan antara dia dan suami, Mrs Chattarjee yang menjadi ibu tunggal ini terus memperjuangkan hak anaknya dengan mendapat bantuan dari Kementerian Luar Negeri India supaya mendapat hak penjagaan anaknya kembali.

2. Mimi

filem hindustan

Salah sebuat filem yang menjadi perbualan hangat di Bollywood adalah filem Mimi. Menampilkan Kriti Sanon sebagai Mimi Rathore membuka kisah seorang penari pentas di Rajasthan yang berharap untuk menjadi seorang pelakon di Bollywood. Kisah hidupnya berubah apabila selepas selesai persembahan, seorang pemandu teksi bernama Bhanu mendekatinya dengan tawaran. Dia memperkenalkan Mimi kepada pasangan Amerika, John dan Summer, yang sedang mencari ibu tumpang dengan memberi bayaran yang tinggi.

Oleh itu, Mimi bersetuju dan berharap ini akan membantu aspirasi untuk menjadi bintang filem tercapai. Nampaknya, prosedur IVF berjaya dan Mimi hamil namun selepas beberapa bulan kehamilan, doktor Mimi memberitahu John dan Summer bahawa bayi itu boleh dilahirkan dengan mengalami masalah sindrom down. John dan Summer terkejut, dan tiba-tiba berubah fikiran tentang mahukan anak. Mereka meminta Mimi menggugurkan kandungan dan pulang ke Amerika. Namun, Mimi tidak mahu menggugurkan dan melahirkan anak lelaki yang sihat tanpa tanda-tanda kecacatan.

3. Chakde India

filem hindustan

Chak De! India ialah sebuah filem sukan Bollywood 2007 yang mengisahkan tentang hoki padang di India. Filem yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan sebagai Kabir Khan, bekas kapten pasukan India. Setelah kekalahan India atas pasukan hoki Pakistan, Khan disingkirkan dari pertandingan. Beliau dan ibunya terpaksa keluar dari rumah keluarga mereka kerana jiran tetangga yang mengamuk.

Tujuh tahun kemudian ketika berusaha memperbaiki dirinya, Khan menjadi pelatih bagi pasukan hoki wanita dengan gol yang membawa enam belas pemainnya menjadi juara. Setelah itu, Khan memperbaiki reputasinya dan kembali pulang bersama ibunya ke rumah mereka, disambut oleh orang-orang yang telah mengusir mereka sebelumnya. Memang ini antara lakonan dari Shah Rukh Khan yang ‘underrated’ tetapi wajib ditonton!

4. Neerja

filem hindustan

Neerja ialah filem thriler biografi India pada tahun 2016. Filem ini menampilkan Sonam Kapoor sebagai watak utama. Plot filem  ini berdasarkan peristiwa sebenar iaitu percubaan merampas Pan Am Flight 73 di Karachi, Pakistan oleh Pertubuhan Abu Nidal yang disokong Libya pada 5 September 1986.

Filem ini ditayangkan dari sudut pandangan ketua pramugari, Neerja Bhanot, yang menggagalkan cubaan rampasan itu dengan memaklumkan juruterbang, sekali gus menjatuhkan pesawat. Bhanot meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan penumpang dan anak kapal, yang mana 359 daripada 379 penumpang terselamat.

5. Dangal

filem hindustan

Dangal ialah filem bertemakan sukan India 2016 yang diterbitkan dan dilakonkan oleh Aamir Khan. Ini berdasarkan daripada keluarga Phogat, iaitu Aamir Khan sebagai Mahavir Singh Phogat, seorang ahli sukan amatur gusti yang melatih anak perempuannya Geeta Phogat dan Babita Kumari untuk menjadi pahlawan wanita kelas dunia pertama di India. Fatima Sana Shaikh dan Sanya Malhotra melakonkan versi dewasa dua beradik Phogat, Zaira Wasim dan Suhani Bhatnagar versi mereka yang lebih muda, Sakshi Tanwar, ibunya, dan Aparshakti Khurana sepupu mereka.

6. Padmavati/Padmaavat

filem hindustan

Peminat filem Bollywood sudah pasti mengenali filem epik dan sejarah India, Padmaavat ini bukan? Dibintangi oleh Deepika Padukone sebagai Rani Padmavati, seorang permaisuri Rajput yang cantik dan juga merupakan isteri kepada Maharawal Ratan Singh, lakonan Shahid Kapoor. Watak Sultan Alauddin Khilji, pula dipegang oleh Ranveer Singh

Padmaavat merupakan salah satu filem termahal India. Padmavat berhadapan dengan pelbagai kontroversi kerana ada yang mengatakan bahawa perubahan dalam sejarah filem tersebut. Kisah filem ini adalah mengenai Permaisuri Padmavati yang telah berkahwin dengan bahagia dengan seorang pemerintah Rajput sehingga seorang sultan yang kejam, Alauddin Khalji, mengisytiharkan perang terhadap kerajaan mereka kerana obsesinya terhadapnya.

*Wah wah memang terbaik betul pilihan filem yang boleh ditonton sempena Deepavali ini kan? Tak sabar nak tonton!

Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!

Sumber: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×