Famili

Rupanya 6 Wajah Ini Merupakan Anak Pelakon Terkenal Bollywood, Cantiknya No 3!

4.8K
SHARES

Industri hiburan di Bollywood sudah semestinya sering menjadi bualan orang seluruh dunia. Mana tidaknya, bukan sahaja bakat yang ditonjolkan malah wajah mereka yang cantik dan kacak turut menjadi perhatian. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa pelakon-pelakon di Bollywood ini juga terdiri dalam kalangan anak-anak mereka sendiri. Anak siapa tu?

1. Suhana Khan

Siapa yang tidak mengenali King of Bollywood iaitu Shah Rukh Khan kan? Untuk pengetahuan anda, SRK mempunyai anak perempuan yang kian meningkat dewasa tau iaitu Suhana Khan. Baru sahaja berusia 18 tahun, Suhana sudah pun menghiasi kulit majalah Vogue India dan katanya menerima kritikan dari media di sana.

2. Ibrahim Ali Khan

Sekali pandang tak dapat nak bezakan yang mana ayah dan yang mana anak. Anak lelaki kepada pelakon terkenal Saif Ali Khan yang bernama Ibrahim Ali Khan ini sudah berusia 17 tahun. Bukan itu sahaja, dengar khabarnya bakal menempah nama dalam industri seperti ayahnya tidak lama lagi. Memang persis wajah ayahnya ketika muda!

3. Sara Ali Khan

Merupakan kakak kepada Ibrahim Ali Khan, Sara Ali Khan yang berusia 24 tahun kini sedang menjalankan penggambaran untuk debut filemnya yang pertama dalam industi Bollywood. Wajahnya yang cantik pastinya menarik perhatian sesiap sahaja dan ramai tak sangka Saif Ali Khan ada anak dara yang begitu menawan!

4. Jhanvi Kapoor

Merupakan anak perempuan kepada pelakon evergreen yang terkenal iaitu mendian Sri Devi, Jhanvi Kapoor merupakan antara wajah terbaharu dalam industri perfileman Bollywood. Baru berusia 21 tahun, ramai sudah memuji kecantikan beliau yang persis mendiang ibunya.

5. Sonam Kapoor

Cantik, ikon fesyen dan popular adalah 3 perkataan yang boleh menggambarkan Sonam Kapoor. Ramai yang tidak tahu bahawa Sonam merupakan anak kepada pelakon terkenal Anil Kapoor. Sudah lama menempah nama dalam persada seni, Sonam sudah sememangnya terkenal dengan filem dan gaya fesyennya di India.

6. Athiya Shetty

Kalau tengok bapanya mesti selalu teringat watak bengis yang sering dilakonkan. Sunil Shetty sebenarnya mempunyai anak perempuan yang persis model antarabangsa iaitu Athiya Shetty. Tubuh langsing dan tinggi serta wajah yang unik membuatkan Athiya laku seperti ‘pisang goreng’ di Bollywood.

*Semua cantik dan berbakat, patutlah boleh jadi pelakon popular seperti ayah atau ibu.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×