Famili

Festival OOTW 2.0 Terbesar Di Malaysia Menampilkan Steve Aoki, James Hype, Nervo & Ramai Lagi!

3
SHARES

Min percaya, mesti ramai anak-anak muda ternanti-nanti satu festival hiburan berskala besar diadakan di Malaysia kan?

Berita baik untuk anda semua, Out Of The World Music Festival 2.0 (OOTW) baru sahaja mengumumkan  first lineup artis antarabangsa yang akan membuat persembahan di festival kali ini tau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Out Of The World (@ootw.asia)

Festival muzik dan air, OOTW 2.0 bakal diadakan pada 19 Januari 2024 hingga 21 Januari 2024 di Pangkalan KL, Sungai Besi.

Bukan ‘kaleng-kaleng’!

Anda semua dah sedia nak menari mengikut irama muzik secara langsung sambil meluncur ke dunia keseronokan dan hiburan yang luar biasa?

OOTW 2.0 kali ini menampilkan lebih banyak keseronokan dari sebelumnya dan yang pasti barisan artis pun bukan kaleng-kaleng tau.

Dengan pengalaman yang bertahun-tahun serta tersenarai dalam carta DJ Mag Top 100 tahun 2023. Memang padu!

Tak sabarnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Out Of The World (@ootw.asia)

Siapa je yang tak kenal Steve Aoki, cuba bagi tahu min!

Merupakan seorang penerbit, DJ, pemilik label rekod, penyokong kesihatan mental dan seorang dermawan, Steve Aoki kembali lagi selepas 8 tahun bagi memeriahkan lagi festival OOTW 2.0 kali ini.

Daripada persembahan pentas ikoniknya hingga ke lagu yang tidak dapat dilupakan, Steve Aoki bersedia untuk membuat anda terpukau dengan persembahannya yang unik.

Dah ready belum?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Out Of The World (@ootw.asia)

Nama James Hype kian disebut-sebut selepas video ‘wizardry on the decks’ nya viral sejak beberapa tahun yang lalu.

Kepada semua peminat James Hype, ini adalah masanya untuk anda semua menyaksikan sendiri penampilan pertamanya di Malaysia dan merupakan penampilan festival pertamanya di rantau Asia Tenggara!

Jangan cakap min tak bagi tahu ya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Out Of The World (@ootw.asia)

Dari Tomorrowland ke Hï Ibiza, kini di Kuala Lumpur! Anda dah bersedia dengan kehadiran NERVO di OOTW 2.0?

Pasangan duo DJ Australia dan adik-beradik kembar, Miriam dan Olivia nekad menggegarkan Kuala Lumpur dengan irama dan rentak muzik mereka. Ini yang kita mahukan!

Tidak hairanlah mereka kekal sebagai 50 DJ terbaik setiap tahun.

Lebih ramai artis bakal di umumkan tak lama lagi?

Apa yang min tau, OOTW 2.o kali ini memang bukan biasa-biasa sebab, mereka menjemput DJ Blink yang popular dengan signature high energy sounds, Cherry Bomb ratu muzik techno, Chukiess dan Whackboi untuk menghiburkan anda semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Out Of The World (@ootw.asia)

Bukan setakat tu je, OOTW 2.0 juga bakal mengumumkan lebih ramai lagi artis yang terlibat dalam festival terbesar ini dalam masa yang terdekat tau. Kita tunggu dan lihat!

50 persembahan secara langsung dan DJ sepanjang tiga hari? Wow!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Out Of The World (@ootw.asia)

Anda dah bersedia untuk berhibur selama 3 hari bersama kawan-kawan anda?

Acara itu anjuran Genesis Entertaiment Sdn. Bhd. (Genesis Entertaiment) turut menampilkan 50 persembahan secara langsung, pelbagai aktiviti seperti tema tema air, persembahan DJ terkenal, kesenian, bazar makanan dan banyak lagi kepada para pengunjung untuk menikmati hiburan yang menyeluruh.

Selain itu, pihak penganjur juga berhasrat untuk meningkatkan sektor pelancongan negara dengan festival ini dengan menarik pelancong dan penduduk tempatan.

Cepat! Tunggu apa lagi klik SINI untuk dapatkan early bird tickets OOTW 2.0. Tiket terjual macam pisang goreng panas tau!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×