Famili

Sambutan Luar Biasa, Festival Aku.Muzik&Kamu Bakal Gegarkan Johor Bahru!

4
SHARES
festival aku muzik kamu

Selepas 24 jam pembukaan jualan tiket, Festival Aku.Muzik&Kamu viral di media sosial dan berjaya menjual 50% tiket. Festival yang bakal berlangung pada 20 Mei 2023 di Stadium Educity, Iskandar Puteri, Johor Bahru merupakan festival muzik terbesar dan pertama mengumpulkan band-band terkenal Malaysia dan Indonesia.

Antara kumpulan hebat bakal mengegarkan stadium adalah Ungu, Hujan, Bunkface, D’Masiv, Spider, 6ixth Sense, Kerispatih, Akim & The Majistret dan Insomniacks.

FESTIVAL AKU.MUZIK&KAMU VIRAL DI SOSIAL MEDIA

Menurut Ketua Eksekutif Coaction Events Sdn Bhd (CESB), David Emir Bareng berkata sebanyak 15,000 tiket konsert dibuka untuk jualan bermula 3 April 2023 dan sehingga 5 April 2023, lebih daripada 60% telah terjual, dengan kategori Galau sudah habis dijual sepenuhnya. Jualan tiket festival ini telah berjaya menarik minat pengikut genre rock indie yang telah lama menantikan konsert ini.

“Pihak kami gembira melihat sambutan yang kuat daripada peminat. Walaupun kami tahu bahawa konsert ini akan popular, kadar jualan tiket melebihi jangkaan,” katanya.

Penyanyi utama Hujan, Noh Salleh, teruja untuk tampil di Johor kerana kali terakhir kumpulan itu tampil di Selatan Semenanjung adalah sebelum pandemik Covid-19.

Walaupun pintu konsert akan dibuka pada jam 12 tengahari dan persembahan bermula pada jam 3 petang, stadium Educity dijangka meriah dengan aktiviti-aktiviti riadah dan pada masa yang sama turut berlangsung festival makanan “MaQan Space x Aku.Muzik&Kamu” yang mengumpulkan lebih 50 peniaga-peniaga yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan snek tempatan.

Acara ini juga disokong oleh Tourism Malaysia dan Tourism Johor. Untuk pertanyaan, hubungi Co:action Events di [email protected] dan ikuti laman media sosial @coactionmagic di Facebook dan Instagram.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×