Advertorial

Fasha Sandha Kongsi Gambar Gaun Pengantin Hasil Sentuhan Pereka Rizman Ruzaini, Cantiknya!

5.8K
SHARES

Beberapa minggu lalu, media sosial kita dibanjiri kemanisan cinta antara pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz apabila Fasha dilihat berkongsi gambar ketika sesi penggambaran pra-perkahwinan mereka.

Menerusi ruangan komen, netizen dilihat begitu teruja melihat keserasian dan mendoakan kebahagiaan mereka selepas mendirikan rumahtangga kelak. Tak cukup dengan itu, ada juga yang memuji kehebatan kamera yang digunakan sehingga menampakkan butiran jelas pada gaun Fasha.

Kini tayang gaun pengantin pula?

Baru-baru ini, Fasha dilihat sekali lagi mendedahkan satu lagi gambar beliau mengenakan gaun pengantin yang katanya bakal digayakan pada hari resepsi sentuhan pereka tersohor, Rizman Ruzaini di akaun Instagram miliknya.

Gambar yang diambil menggunakan Huawei P30 Series itu menampakkan dengan jelas butiran pada gaun, sekali gus memberikan keterujaan buat 4.1 juta pengikutnya di Instagram. Siapa tak kagum dengan rekaan Rizman Ruzaini yang sudah berkecimpung lama dalam industri fesyen kan?

Terkenal dengan rekaan busana pengantin dan sudah menghasilkan ratusan busana untuk kebanyakan pengantin popular di Malaysia, rekaan Rizman Ruzaini menjadi idaman semua wanita ketika melangkah naik ke jinjang pelamin.

Seperti mana kita dapat lihat dalam gambar yang dikongsikan Fasha di atas, hasil jahitan Rizman Ruzaini begitu sempurna, rekaannya pula sangat kemas dan anggun, padan dengan kombinasi warna yang dipilih supaya pengantin perempuan tampil mempersona di hari bahagia.

Anda rasa, adakah benar ini merupakan gaun yang bakal digayakan Fasha ketika hari bahagianya? Jika ya, pasti Fasha tampil jelita pada hari itu kan? Dengan itu, mampu ke Fasha digelar ‘Bride of the Year’ yang seterusnya?

Raikan cinta Fasha dan Aidil dengan keupayaan teknologi canggih dari HUAWEI P30 Series

Melalui gambar yang dikongsikan Fasha ketika sesi penggambaran pra-perkahwinan mereka dan sesi fitting di butik Rizman Ruzaini yang diambil menggunakan HUAWEI P30 Series, dapat kita lihat keupayaan ‘zoom‘ pada telefon pintar yang diperkenalkan HUAWEI memang benar-benar menakjubkan.

Sedar tak sedar, esok (26 Mac) merupakan pelancaran inovasi teknologi membabitkan HUAWEI P30 Series di Paris. Bertemakan ‘Rewriter the Rules‘, acara ini pastinya mendedahkan pelbagai fungsi menarik pada telefon pintar baru HUAWEI itu.

Nantikan lebih banyak gambar-gambar eksklusif dari Fasha menjelang hari bahagianya dan kemaskini terbaru dari HUAWEI tentang HUAWEI P30 Series melalui laman web HUAWEI.

Saksikan juga acara pelancaran global yang admin kongsikan tadi secara LIVE dari Paris pada esok (26 Mac), jam 2 petang (GMT+1) waktu Paris menerusi laman YouTube, Facebook dan Twitter HUAWEI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×