Inspirasi

Farah Lee Kongsi Tips Bawa Anak Travel Luar Negara Untuk Ibu Bapa Tunggal

725
SHARES

Membawa anak-anak pergi melancong merupakan antara perkara yang diidamkan oleh semua ibu bapa. Namun, ramai dalam kalangan ibu bapa tunggal tidak terfikir bahawa tidak susah sebenarnya untuk bawa anak pergi melancong walaupun anda merupakan ibu atau bapa tunggal.

Jadi, perkongsian dari selebriti media sosial Farah Lee yang merupakan ibu kenapa Maream Esabel yang comel ini turut berkongsi pengalaman dan tips tentang keselamatan anak-anak ketika pergi melancong. Paling penting adalah anda perlu tahu apakah dokumen yang perlu dibawa sepanjang perjalanan supaya lebih secure!

PENTING UNTUK SINGLE PARENT YANG NAK TRAVEL

To single parents yang nak travel dengan anak (below 18) out of country, jangan lupa bawak sekali photocopy of translated :

– Birth cert anak
– Divorce cert
– Custody letter from court (kitorang punya ada dalam MOU sebab daddy awal-awal dah cakap Maream omma jaga)
– Consent letter from the father/mother(ni extra, esp share custody)

PENGALAMAN FARAH LEE BAWA ANAK TRAVEL

Just in case immigration ingat kita bawak lari anak orang. So far pengalaman omma, first time prepare semua benda ni masa nak apply visa UK Maream. Nak translate borang-borang tu boleh pergi court then tanya pegawai kat situ. Nanti dorang carikan lawyer untuk translatekan dan stamp. Then ada fee per page berapa-berapa hengget. Omma tak sure berapa sebab omma dulu ada Auntie baik belanja.

Then first time kitorang travel out of UK adalah ke Norway, rilek je la bawak passport and UK ID. Sekali immigration mintak bukti Maream tu anak omma sebab takda nama omma kat nama Maream. Sudah! Seb baik ada save dalam phone birth cert so selamat lah mak anak dua beranak ni.

Then masa tinggalkan Maream kat Norway (sebab omma kena gi Jeddah), omma prepare sekali consent letter from omma yang ada details Bonda and Walid mengatakan I give my consent for my daughter to stay/travel with them from this date to this date etc..

CONSENT LETTER TU PENTING!

Consent letter tu pun perlu kalau kita travel dengan anak buah ke, anak kawan ke, cucu ke. Bebudak yang nama mereka tak sama dengan surname/firstname kita. Rasanya perlu jugak untuk parents yang tak divorce tapi anak akan travel dengan salah sorang je. Dorang punya concern takut kita bawak lari anak away from the other parents. Macam mana nak buat consent letter.? Goggleeeeee kan adaaa.! Hehs..

So since then, bila travel dengan Maream omma akan bawak je semua di atas. Manchester Airport kadang immigration officer tu mengada sikit walaupun kitorang dah ada UK ID, nak jugak bukti-bukti tu semua. Rasanya kat Korea, Spain & Portugal haritu dorang tak kisah pun. Jangan lah pulak tanya omma negara mana kisah mana tak kau ingat aku immigration officer.? Haha.. Just bawak je senang cerita.

Haaa gigih tak single mom kaki travel ni.? So next month ktorg nak gi Swiss & Germany pulak cuti sekolah.

Sumber: Farah Lee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×