Famili

“Maream Is Still Gadget Free”- Habiskan Masa Dengan Buku, Ramai Teruja Cara Farah Lee Didik Anak

27
SHARES
farah lee

Siapa sahaja yang tidak suka dengan gelagat comel Maream Esabel yang merupakan anak kepada selebriti sosial media Farah Lee. Seringkali melihat perkembangan terkini Farah Lee yang kerap merantau, ramai yang seronok juga melihat anaknya yang tidak ketagih dengan gajet seperti kanak-kanak seusia yang lain.

Ramai dalam kalangan warganet turut bertanyakan tips kepada Farah tentang bagaimana untuk menjadikan anak-anak tidak ketagih dengan gajet.

Baca juga: Farah Lee Kongsi 7 Tips Ajar Anak Hafaz Surah Dalam Al-Quran Sejak Kecil

“MAREAM IS STILL GADGET-FREE”

Maream yang kini berusia lapan tahun dilihat sering menghabiskan masa dengan membaca buku, melukis dan mewarna walaupun ketika berada di luar rumah. Ada juga video dan gambar memaparkan Maream sempat lagi menghabiskan masa dengan melukis ketika menunggu keretapi apabila ‘travel’ di luar negara.

Maream is still gadget free so tu pasal dia sentiasa carry her bag sebab dalam tu ada notebook, reading book, stationeries etc. But she sometimes pinjam my phone and I’m okay with it sebab I know dia tak selalu dapat and tech is her zaman.

I just think that it’s too early to let her have one of her own until she knows whats good and whats bad (mumayyiz) and knows how to respect the boundaries within.

If your struggling to minimise your kids screentime, hang in there. Remember I’m a multitasking career single mom yet I managed to make it work, so I’m sure you can too.

Farah Lee turut memberitahu bahawa gajet juga akan diberikan atau diminta oleh Maream sendiri tetapi tidak sepanjang waktu. Hal ini kerana, penting juga untuk dia mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan perkembangan semasa selari dengan zaman sekarang.

‘BEAUTY WIH BRAIN’

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut di Facebook turut berkongsikan beberapa tips yang ibu bapa di luar sana boleh cuba untuk memastikan anak-anak tak ‘gila’ gajet. Ada juga yang menggelarkan Maream sebagai ‘beauty with brain’.

Sumber: Farah Lee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×