Asuh

Farah Lee Kongsi 7 Tips Ajar Anak Hafaz Surah Dalam Al-Quran Sejak Dari Kecil

Ibu bapa mana yang tidak menginginkan anak-anaknya mahir dan dapat menghafal surah-surah di dalam Al-Quran kan? Oleh itu, latihan dan proses mendidik perlu diamalkan sejak mereka masih kecil lagi kerana fungsi memori mereka masih kuat ketika ini.

Baru-baru ini, Farah Lee yang merupakan selebriti media sosial berkongsi tips tentang bagaimana untuk anda melatih anak-anak supaya mudah menghafaz surah dalam Al -Quran. Anaknya iaitu Maream pun sudah pandai membaca dan menghafaz walaupun hanya berusia 4 tahun!

LATIH MAREAM HAFAL SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN

Esok exam hafazan be like…

Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1-6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts.

Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan.? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan.? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan.

But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well. Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak-anak dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa. So basically :

7 PERKARA YANG FARAH LEE SELALU LAKUKAN

1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran.

2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : al-Fatihah, ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , al-Hasyr 21-24 (ruqyah), ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), an-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah)+ mana2 ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang2 dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak2 selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah ‘Semut berkawad satu satu horaa horeyy’ tak.? Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa. Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu.

3. Then bila dia dah besar sikit, dalam kereta or time lepak2 omma selalu buat test. Baca, then minta dia sambung. Yang pelat2 boleh stresskan ajar bacaan yang betul. Tapi takyah nak expect kita sedang buat oral test budak SPM. Dalam 10 kali, bernasib baik kalau 1 kali dia respon dengan jayanya. Kids being kids, but us adult should be an adult too. Keep cuba dengan cara yang berbeza dan menarik, disamping kesabaran maksima disisi.

4. In between Maghrib dan Isya’ kalau takde hal, omma akan peruntukkan masa tu untuk baca Quran dan spend quality time dengan Maream; sembang dengan dia. So time ni kalau mood dia dan omma ok, omma akan ajar dia mengaji. Ajar mana sangat lah budak 2 tahun pun haha tapi just untuk dia biasakan yang interval tu should diperuntukkan untuk hal kerohanian dan family quality time

5. Dan kat rumah audio ayat Quran omma akan on 24/7 non stop. Omma perasan, walaupun omma mengaji biasa, ada ayat yang Maream boleh guess dan sambungkan. Maybe sebab dia repeatly dengar from that audio. So rasanya, after this bila anak dah besar, nak ajar Quran pun mudah sebab ayat2 tu dia dah biasa dengar. Tinggal nak diajar properly je.

6. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, “You are what you eat”. Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat.

7. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)

So ini jelah kot. Maream ni pun mungkin dia jenis cepat pickup. Mungkin apa yang omma buat tu tak bantu dia hafaz pun cuma omma je perasan lelebih. Again, omma just share apa yang omma amalkan yang mungkin effective, untuk korang yang bertanya. Untuk anak korang maybe boleh adjust sesuai dengan umur, preference, environment dan lifestyle kalian. Banyak lagi sharing mak ayah yang anak hafiz hafizah berjaya korang boleh google dan baca. Selamat mencuba dan selamat kawal diri supaya tak jadi monster mihmihmih.

Semua yang baik dari Allah, ini semua jika bermanfaat juga ilham dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal #ommabebel

Sumber : Farah Lee

Yang Popular

To Top