Famili

Famili Duo Bakal Bersiaran 14 Februari, Rancangan Realiti Nyanyian Keluarga Pertama Di Malaysia!

Program realiti nyanyian terbaru, Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod bermula 14 Februari 2021, jam 9 malam di TV3 serta di www.tonton.com.my

Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV. Seramai 40 pasangan selebriti popular Malaysia akan bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.

Semangat kekeluargaan

Famili Duo bakal dihoskan oleh Uyaina Arshad serta dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri. Uniknya, program ini menampilkan lima pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan pada setiap episod. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu ‘cover song’ dan satu nyanyian di pentas.

Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan ‘cover song’ untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio. Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Pemarkahan ditentukan sepenuhnya oleh juri dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.

Antara selebriti yang akan berentap di Famili Duo ialah Amira Othman, Irfan Haris, Yamani Abdillah, Zaki Yamani, Naim Daniel, Emylia Izzati, Syafie Naswip, Sapawi, Tajul, Beby Acha, Siti Saerah, Umairah, Ashira, Syed Aziz, Aisha Retno, Jen Retno, Sharifah Zarina, Athalia, Sharifah Shahira, Tallisya dan ramai lagi.

Program realiti nyanyian ini dibawakan oleh foodpanda, keriangan melalui pesanan, dan bertindak sebagai penaja utama musim ini.  Ia diterbitkan oleh Unit Hiburan Rangkaian TV Media Prima Berhad, diketuai oleh Nurhul Huda Haji Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira Ramli sebagai penerbit. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×