Famili

‘Benci Jadi Anak Sulung’- Terpaksa Berkorban Kasih, Mak Ayah Kena Alert Didik Anak Sulung

112
SHARES
fakta anak sulung

“Ingat senang ke nak jadi anak pertama ni. Orang senanglah kata ada banyak kelebihan anak sulung. Tapi, yang peritnya bukan orang pandang. Senang-senang anggap kita ‘bossy’ dan pentingkan diri.”

Bagi adik-adik, mungkin mereka mencemburui banyak kelebihan anak sulung. Contohnya, anak sulung akan didahulukan dalam pelbagai perkara – mereka dapat memandu kereta dulu, mereka dapat pegang ‘handphone’ dulu, dan mereka selalu mempunyai ‘kuasa’ terhadap adik-adik apabila ibu bapa tiada.

Baca juga: “Rumah Ada 2 Bilik Je Macam Mana Nak Asingkan Tempat Tidur Anak?”

‘BENCI JADI ANAK SULUNG’

Malah, anak pertama dalam keluarga dianggap menerima kasih sayang yang melimpah daripada ibu bapa. Apatah lagi, sesetengah mereka telah dinantikan kehadirannya selama bertahun-tahun lamanya.

Anak sulung pernah menjadi ‘the only child’ di dalam keluarga dan semestinya menjadi pusat perhatian semua ahli keluarga.Tetapi dengan bertambahnya kelahiran adik beradiknya, anak sulung terpaksa berkongsi kasih dan perhatian ibu bapanya yang dulu pernah menjadi hak mutlak mereka.

Ianya sedikit sebanyak mengubah perangai dan sikap mereka. Kadang selepas kelahiran adik adiknya yang lain tanpa disedari perlahan lahan anak sulung kita mulai menjadi pemarah, mudah merajuk, suka mendiamkan diri dan pelbagai lagi perangai pelik yang timbul. Nak didik anak sulung ada caranya.

Kebanyakan anak sulung rosak bukan sebab mereka berkawan dengan budak yang rosak tapi sebab cara didikan yang salah.
Nak salahkan mak ayah pun tak boleh sebab boleh dikatakan 70% cara didikan mak ayah datang daripada cara mereka dididik dahulu kala oleh orang tua mereka.

Ianya tertanam jauh dalam subconscious mind kita. Mak ayah zaman dulu pun tak salah. Zaman dulu akses pada ilmu parenting tak banyak seperti zaman sekarang. Jadi tak ada siapa pun salah, cuma sekarang ni tanggungjawab kita lah sebagai ibu ayah untuk cari ilmu dan formula untuk didik anak sulung kita supaya anak sulung kita terdidik dengan baik dan sempurna.

” Mendidik anak sulung dengan baik umpama mendidik satu keluarga “

Sebab tu kita kena belajar seni mendidik anak sulung. Cuba perhati, ada tak anak sulung kita jadi

– Pemarah

– Bossy

– Banyak melawan

– Makin menjauhkan diri

Kalau ada, mungkin inilah petanda ‘first born syndrome’. Sindrom ni berlaku bila anak sulung banyak sangat memendam perasaan. Baca tweet yang ada ni pun buat rasa diri tersentuh.

Sumber: Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×